Negara Brunei Darussalam
| |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "الدائمون المحسنون بالهدى" "Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk (Allah)" | |||||
Lagu kebangsaan: Allah peliharakan Sultan / الله ڤليهاراکن سلطان | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Bandar Seri Begawan (باندر سري بڬاون) 4°53′25″N 114°56′32″E / 4.89028°N 114.94222°E | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Melayu[1] | ||||
Bahasa lainnya
dan dialek tempatan[2][3] | |||||
Demonim | Orang Brunei | ||||
Kerajaan | Monarki mutlak islam | ||||
• Sultan | Hassanal Bolkiah | ||||
Al-Muhtadee Billah | |||||
Abdul Aziz Juned | |||||
Pendirian | |||||
518 | |||||
1368 | |||||
Abad 14 - Abad 20 | |||||
• Kemerdekaan dari United Kingdom | 1 Januari 1984 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 5,765 km2 (2,226 bt2) (ke-172) | ||||
8.6 | |||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2020 | 460,000[4] (ke-175) | ||||
• Bancian Penduduk 2014 | 411,900 | ||||
71.4/km2 (184.9/sq mi) (ke-134) | |||||
KDNK (PPP) | 2022 | ||||
• Jumlah | $32,111.3 bilion[5] | ||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | $20.092 bilion[5] | ||||
$39,355[5] | |||||
HDI (2022) | ▼ 0.823[6] sangat tinggi · ke-55 | ||||
Mata wang | Ringgit Brunei (ريڠڬيت بروني) ( BND ) | ||||
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai Brunei Darussalam) | ||||
Kod panggilan | 673[c] | ||||
Kod ISO 3166 | BN | ||||
DPT internet | .bn | ||||
Negara Anggota ASEAN |
Portal Brunei |
Negara Brunei Darussalam (Jawi: نڬارا بروني دارالسلام ) atau Negara Brunei, Rumah Yang Aman (Bahasa Melayu) atau Brunei., Brunei Darussalam atau Nation of Brunei, the Abode of Peace (Bahasa Inggeris) ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas yang terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia iaitu Bahagian Limbang. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo dan juga sebahagian daripada gugusan kepulauan Filipina.
Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Melayu Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masihi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negera yang penting.
Brunei merupakan negara kedua tertinggi bagi Indeks Pembangunan Manusia (HDI) dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan dikelaskan sebagai negara maju. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei berada di tempat ke-4 bagi keluaran dalam negara kasar dunia per kapita dalam pariti kuasa beli.
|access-date=
(bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)