Bukit Fraser

Bukit Fraser
Stesen bukit
Bukit Fraser yang terletak di Malaysia
Bukit Fraser
Bukit Fraser
Koordinat: 3°42′50.4″N 101°44′6″E / 3.714000°N 101.73500°E / 3.714000; 101.73500Koordinat: 3°42′50.4″N 101°44′6″E / 3.714000°N 101.73500°E / 3.714000; 101.73500
Negara Malaysia
Negeri Pahang
Penubuhan1922
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)Tidak diperhatikan
Poskod
49xxx
Laman sesawangmdraub.gov.my

Bukit Fraser (Bahasa Cina: 福隆港, Tamil: பிரேசர்_மலை) terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut.[1] Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur, bukit ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.[2]

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser.[3][4] Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah candu dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.[5][6]

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimenkan. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga. Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tiada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan, banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki. Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan. Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu. Menariknya tandas awam beroperasi 24 jam dan bersih.[7][8]

Filem Misteri Dilaila (2019) terbitan Skop Productions dan Astro Shaw pernah menjalani penggambaran di Bukit Fraser.[9]

  1. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam, Alan Pearson
  2. ^ Sustaining highland biodiversity and endemic species Diarkibkan 20 Julai 2011 di Wayback Machine, World Wide Fund for Nature
  3. ^ Fraser's Hill Diarkibkan 2015-04-02 di Wayback Machine, JourneyMalaysia.com
  4. ^ Fraser's Hill Diarkibkan 27 Jun 2009 di Wayback Machine, Pahang Tourism
  5. ^ History Diarkibkan 3 Julai 2010 di Wayback Machine (2 pages), Fraser's Hill Development Corporation (FHDC)
  6. ^ Fraser's Hill: The Gap Diarkibkan 2014-12-30 di Wayback Machine, JourneyMalaysia.com
  7. ^ Fraser's Hill left Natural Diarkibkan 2011-07-22 di Wayback Machine, Malaysian Nature Society, 13 April 2010
  8. ^ Fraser's Hill freeze, New Straits Times, 13 April 2010
  9. ^ Tahir Alhamzah (22 Februari 2019). "#Showbiz: A mystery with shocking twist". New Straits Times. Dicapai pada 23 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)

Developed by StudentB