Bukit Kutu

Gunung Kutu juga dikenali sebagai Bukit Kutu, kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor, Malaysia. Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Treacher's Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1,090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli peretak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor. Bukit Kutu juga banyak menyimpan seribu satu khazanah alam semulajadi yang belum diterokai.

Selain kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna,terdapat juga beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu yang belum diketahui umum. Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran yang dilalui hanyalah merentasi bekas laluan balak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing. Bukit kutu ini juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu.


Developed by StudentB