Designasi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Adjektif | qamari, kamariah (berkaitan perkiraan hari) | ||||||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||||||
Periapsis | 362,570 km (0.0024 AU) (356,400–370,400 km) | ||||||||||||
Apoapsis | 405,410 km (0.0027 AU) (404,000–406,700 km) | ||||||||||||
Paksi semimajor | 384,399 km (57 AU) 0.002[1] | ||||||||||||
Kesipian | 0.0549[1] | ||||||||||||
Tempoh orbit | 582 h 27.321(27 d 7 h 43.1 min[1]) | ||||||||||||
Tempoh qamari | 589 h 29.530(29 h 12 j 44 min 2.9 s) | ||||||||||||
Kelajuan purata orbit | 1.022 km/s | ||||||||||||
Kecondongan | 5.145° ke ekliptik[2] (antara 18.29° dan 28.58° ke khatulistiwa Bumi)[1] | ||||||||||||
Longitud nod menaik | merosot oleh satu revolusi dalam 18.6 tahun | ||||||||||||
Argumen perihelion | berjalan dengan satu revolusi dalam 8.85 tahun | ||||||||||||
Satelit bagi | Bumi | ||||||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||||||
Min jejari | 1,737.10 km (0.273 Bumi)[1][3] | ||||||||||||
Jejari khatulistiwa | 1,738.14 km (0.273 Earths)[3] | ||||||||||||
Jejari kutub | 1,735.97 km (0.273 Bumi)[3] | ||||||||||||
Perataan | 25 0.001 | ||||||||||||
Lilitan | 10,921 km (khatulistiwa) | ||||||||||||
Luas permukaan | 3.793 × 107 km2 (0.074 Bumi) | ||||||||||||
Isi padu | 2.1958 × 1010 km3 (0.020 Bumi) | ||||||||||||
Jisim | 7.3477 × 1022 kg (0.0123 Earths[1]) | ||||||||||||
Min ketumpatan | 3.3464 g/cm3[1] | ||||||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | 1.622 m/s2 (0.165 4 g) | ||||||||||||
Halaju lepas | 2.38 km/s | ||||||||||||
Tempoh putaran ikut bintang | 27.321582 h (segerak) | ||||||||||||
Halaju putaran khatulistiwa | 4.627 m/s | ||||||||||||
Kecondongan paksi | 1.5424° (ke ekliptik) 6.687° (ke satah orbit)[2] | ||||||||||||
Albedo | 0.136[4] | ||||||||||||
| |||||||||||||
Magnitud ketara | −2.5 to −12.9[nb 1] −12.74 (purata bulan purnama)[3] | ||||||||||||
Diameter sudut | 29.3 to 34.1 arcminutes[3][nb 2] | ||||||||||||
Atmosfera | |||||||||||||
Tekanan atmosfera | 10−7 Pa (siang) 10−10 Pa (malam) | ||||||||||||
Komposisi | Ar, He, Na, K, H, Rn | ||||||||||||
sunting |
Bulan (Jawi: بولن , kata sifat berkaitan: qamari قمري[nb 3]) merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar daripadanya, dan jisim-jisim ini pula bergerak mengedari bintang.
Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria berdasarkan saiz relatifnya berbanding primernya. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi.
Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya Matahari. Bulan mempunyai 1/4 garis pusat bumi bersamaan dengan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti Bumi. Bulan ialah satelit yang kedua paling mampat selepas Io, sebuah satelit Musytari.
Bulan berada dalam putaran segerak dengan Bumi dan sentiasa menunjukkan muka yang sama dengan sisi dekatnya ditandai mare gunung berapi yang kelihatan gelap yang terletak di antara tanah tinggi kuno yang terang dan kawah hentam yang menonjol. Bulan ialah objek yang paling terang di langit selepas Matahari, walaupun sebenarnya permukaannya amat gelap dengan kepantulan yang sama dengan arang.
Bulan dipercayai terbentuk hampir 4.5 bilion tahun dahulu, tidak lama selepas pembentukan Bumi. Walaupun terdapat beberapa teori tentang asal-usulnya, penjelasan yang diterima sekarang ialah Bulan terbentuk daripada sisa hentaman Bumi dengan objek cakerawala. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam Bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam Bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi Bumi lalu membentuk Bulan.
Teori ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu Bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim Bumi. Di Bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di Bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada antara kawah Bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Antara kawah terbesar di Bulan ialah Kawah Clavius yang bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di Bulan.
Penonjolan Bulan di langit dan fasa kitarannya yang tetap menjadikan Bulan sebuah pengaruh penting terhadap bahasa, takwim, seni dan mitologi umat manusia semenjak zaman kuno lagi. Pengaruh graviti Bulan mencetuskan ombak laut dan kepanjangan hari yang halus. Kejauhan orbit Bulan pada masa kini yang lebih kurang 30 kali diameter Bumi membuatnya kelihatan hampir sama besar dengan Matahari, dan membolehkannya hampir persis menudung Matahari sewaktu gerhana matahari. Kesamaan saiz yang kelihatan ini hanya kebetulan. Kejauhan lelurus Bulan dari Bumi sentiasa bertambah dan kini berada pada kadar 3.82 ± 0.07sm setiap tahun kendatipun kadar ini tidak malar.[7]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama W06
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Lang2011
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama NSSDC
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Saari
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Vasavada1999
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/>
yang berpadanan disertakan