Longitud (λ) |
---|
Garis longitud kelihatan menegak dengan pelbagai kelengkungan dalam unjuran ini, tetapi sebenarnya separuh elips besar, dengan jejari yang sama pada sebarang latitud yang diberi. |
Latitud (φ) |
Garis latitud kelihatan mengufuk dengan pelbagai kelengkungan dalam unjuran ini; tetapi sebenarnya bulat dengan jejari yang berbeza. Semua lokasi dengan latitud yang diberikan secara kolektif dirujuk sebagai bulatan latitud. |
Khatulistiwa membahagikan planet kepada Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan, dan mempunyai latitud 0°. |
Geodesi | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Asas | ||||||||||||||||
Konsep | ||||||||||||||||
Teknologi | ||||||||||||||||
Piawaian | ||||||||||||||||
|
||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Bulatan latitud Bumi ialah bulatan khayalan timur–barat menghubungkan semua lokasi (mengabaikan ketinggian) dengan latitud yang diberi. Kedudukan lokasi di sepanjang bulatan latitud diberikan oleh longitudnya. Bulatan latitud sering dipanggil garis selari kerana mereka adalah selari antara satu sama lain - iaitu sebarang dua bulatan mempunyai jarak yang sentiasa sama. Tidak seperti bulatan longitud, yang mana kesemuanya adalah bulatan agung dengan pusat Bumi di tengah-tengah, bulatan latitud semakin kecil apabila menjauhi khatulistiwa. Panjang mereka boleh dikira dengan fungsi sinus atau kosinus. Bulatan latitud ke-60 adalah separuh khatulistiwa (mengabaikan peleperan kecil Bumi, yang kurang daripada 0.3%). Satu bulatan latitud berserenjang dengan semua meridian.
Latitud bulatan adalah kira-kira sudut di antara khatulistiwa dan bulatan, dengan verteks sudut di pusat Bumi. Khatulistiwa adalah pada 0°, dan Kutub Utara dan Selatan masing-masing adalah pada 90° utara dan 90° selatan. Khatulistiwa adalah bulatan latitud yang paling panjang dan merupakan satu-satunya bulatan latitud yang juga merupakan bulatan agung.
Terdapat 89 integer (darjah bulat) bulatan latitud antara khatulistiwa dan Kutub dalam setiap hemisfera, tetapi ini boleh dibahagikan kepada ukuran latitud yang lebih tepat, dan sering digambarkan sebagai darjah perpuluhan (cth. 34.637°N) atau dengan minit dan saat (cth. 22°14'26"S). Tiada had berapa tepat latitud boleh diukur, jadi terdapat bulatan latitud dengan bilangan tak terhingga di Bumi.
Pada peta, bulatan latitud mungkin atau mungkin tidak selari, dan jarak mereka mungkin berbeza-beza, bergantung kepada unjuran digunakan untuk memetakan permukaan bumi kepada satah. Pada unjuran sama segi empat tepat, berpusat di khatulistiwa, bulatan latitud adalah mendatar, selari, dan berjarak sama. Pada unjuran silinder dan pseudosilinder lain, bulatan latitud adalah mendatar dan selari, tetapi boleh dijarakkan tidak sekata untuk memberikan ciri-ciri berguna peta. Sebagai contoh, pada unjuran Mercator, bulatan latitud adalah dijarakkan lebih besar berhampiran kutub untuk mengekalkan skala dan bentuk tempatan, manakala pada unjuran Gall-Peters bulatan latitud dijarakkan lebih rapat berhampiran kutub agar perbandingan kawasan akan menjadi tepat. Pada kebanyakan unjuran bukan silinder dan bukan pseudosilinder, bulatan latitud adalah tidak lurus dan tidak selari.
Lengkok bulatan latitud kadang-kadang digunakan sebagai sempadan antara negara-negara atau kawasan di mana sempadan semula jadi tersendiri adalah kurang (seperti di padang pasir), atau apabila sempadan buatan dilukis sebagai "garis pada peta", yang telah dibuat dalam skala besar-besaran pada Persidangan Berlin 1884, berhubung bahagian-bahagian besar benua Afrika. Negara-negara dan negeri Amerika Utara juga kebanyakannya telah dicipta oleh garis lurus, yang juga sebahagian bulatan latitud. Sebagai contoh, sempadan utara Colorado ialah di 41°U manakala sempadan selatan adalah di 37°U. Kira-kira separuh jarak sempadan antara Amerika Syarikat dan Kanada mengikuti garis 49°N.