Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Penemuan | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ditemui oleh | Manusia (Homo Sapiens) | ||||||||||||
Designasi | |||||||||||||
Adjektif | Terrestrial, Terran, Telluric, Tellurian, Earthly | ||||||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||||||
Epok J2000 | |||||||||||||
Afelion | 152,097,701 km (1.016 710 333 5 AU) 94,509,130 batu | ||||||||||||
Perihelion | 147,098,074 km (0.983 289 891 2 AU) 91,402,725 batu | ||||||||||||
Paksi semimajor | 149,597,887.5 km (1.000 000 112 4 AU) 92,956,041 batu | ||||||||||||
Kesipian | 0.016 710 219 | ||||||||||||
Kelajuan purata orbit | 29.783 km/s (107,218 km/j) | ||||||||||||
Kecondongan | 0 (7.25° kepada khatulistiwa Matahari | ||||||||||||
Longitud nod menaik | 348.739 36° | ||||||||||||
Argumen perihelion | 114.207 83° | ||||||||||||
Satelit | 1 ( bulan) | ||||||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||||||
Min jejari | 6,372.797 km | ||||||||||||
Jejari khatulistiwa | 6,378.137 km | ||||||||||||
Jejari kutub | 6,356.752 km | ||||||||||||
Luas permukaan | 510,065,600 km² | ||||||||||||
Isi padu | 1.083 207 3×1012 km³ | ||||||||||||
Jisim | 5.9742×1024 kg | ||||||||||||
Min ketumpatan | 5,515.3 kg/m³ | ||||||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | 9.780 1 m/s² (0.997 32 g) | ||||||||||||
Halaju lepas | 11.186 km/s (≅39,600 km/j) | ||||||||||||
Tempoh putaran ikut bintang | 0.997 258 d (23.934 j) | ||||||||||||
Halaju putaran khatulistiwa | 465.11 m/s | ||||||||||||
Kecondongan paksi | 23.439 281° | ||||||||||||
Jarak hamal kutub utara | undefined° | ||||||||||||
Keserongan kutub utara | +90° | ||||||||||||
Albedo | 0.367 | ||||||||||||
| |||||||||||||
Atmosfera | |||||||||||||
Tekanan atmosfera | 101.3 kPa (MSL) | ||||||||||||
Komposisi | 78.08% N2 20.95% O2 0.93% Argon 0.038% Karbon dioksida Kesan wap air (berubah-ubah dengan cuaca) | ||||||||||||
sunting |
Bumi (Jawi: بومي , nama astronomi: Terra[1][2]) merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia merupakan rumah kepada jutaan spesies,[3] termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud.
Hasil kajian sains, planet ini telah dibentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu,[4][5][6][7]. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer dari Matahari. Lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera, dan eksosfera.
Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan stratosfera dan mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70°C sehingga 55°C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.
Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen dan 1% wap air, karbon dioksida dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantel silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebalnya.
Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.
1. bumi (lw langit, laut atau dunia bawah); darat(an)