Busa ialah bahan yang terbentuk dengan memerangkap gas di dalam gelembung. Span mandian dan buih-buih halus di permukaan air berkarbonat adalah contoh-contoh busa. Dalam kebanyakan busa, isi padu gas adalah tinggi, dengan lapisan cecair atau pepejal nipis yang memisahkan setiap kawasan gas.[1] Apabila saiznya kecil, cth. busa halus, medium yang tersebar ini boleh dianggap sebagai sejenis koloid.