Busur (Jawi: بوسور turunan kata akar Proto-Austronesia *busuR₂[1]) adalah sejenis alat senjata pelancar untuk melepaskan anak panah. Ia dipercayai dicipta pertama kali semenjak zaman pra-sejarah lagi dan merupakan antara senjata terawal yang digunakan manusia. Menurut sejarah, busur dan panah merupakan senjata paling moden, sehingga kemunculan serbuk letupan yang membawa kepada penciptaan senjata api seperti senapan dan pistol lantak.