Jenis | Rangkaian televisyen kabel |
---|---|
Penjenamaan | CNN |
Negara | |
Ketersediaan | Amerika Syarikat, Kanada, seluruh dunia (melalui CNN International), dalam talian (melalui CNN Pipeline), radio (laporan berita dikemaskini sekali setengah jam) |
Slogan | "The Most Trusted Name in News" |
Ibu pejabat | Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat |
Pemilik |
|
Orang penting | Reese Schonfeld Jim Walton (Presiden, CNN Worldwide) Jonathan Klein (Presiden, CNN/US) |
Tarikh pelancaran | 1 Jun 1980 |
Laman sesawang | www.cnn.com |
Cable News Network ("Rangkaian Berita Kabel", singkatan: CNN) ialah sebuah rangkaian siaran berita yang beribupejabat di CNN Center, Atlanta, Georgia negeri Amerika Syarikat.[1][2][3] Ia diasaskan pada 1980 dalam rangkaian Turner Broadcasting System oleh Ted Turner,[4][5] ia kini milik Warner Bros. Discovery.[6] CNN pelopor liputan berita televisyen 24 jam sepanjang hari dalam negara tersebut.[7][8][9][10][11]
Dari segi kiraan pemeringkatan Nielsen atau "penonton unik" kumulatif, CNN menjadi sumber berita kabel nombor satu di Amerika Syarikat.[12] Sungguhpun rangkaian berita ini banyak anggota gabungannya, CNN bersiaran terutamanya dari ibu pejabatnya di Atlanta, Time Warner Center di bandaraya New York, serta beberapa studio di Washington, DC. Seperti pada Disember 2004, rangakain ini terdapati dalam 88.2 juta rumahtangga A.S. dan lebih 890,000 bilik hotel negara itu. Siaran versi A.S. juga terdapat di Kanada. Di seluruh dunia, CNN bersiaran melalui CNN International dan mempunyai rangkaian dan khidmat berjenama bersepadu yang terdapat kepada lebih 1.5 bilion orang di lebih 212 negara dan wilayah.
Sesetengah pemerhati konservatif mendakwa bahawa CNN mengamalkan sikap berat sebelah media yang melawan fahaman politik mereka (liberal pegangan Parti Demokrat dalam konteks politik Amerika Syarikat). Para pengkritik seperti Accuracy in Media dan MRC telah mengakui bahawa laporan CNN mengandungi penyuntingan liberal dalam kandungan berita.[13][14]