Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Templat:Keelektromagnetan Cas elektrik ialah sifat fizik bagi jirim yang menyebabkannya mengalami daya apabila ditempatkan di dalam medan elektromagnet. Terdapat dua jenis cas elektrik – positif dan negatif. Bahan bercas positif tertolak daripada bahan bercas positif lain, tetapi tertarik dengan bahan bercas negatif; bahan bercas negatif tertolak daripada negatif dan tertarik dengan positif. Sebuah objek akan bercas negatif sekiranya mempunyai lebihan elektron, dan sebaliknya akan bercas positif atau tidak bercas. Unit terbitan Sistem Unit Antarabangsa untuk emnyukat sifat ini ialah coulomb (C), namun ampere-jam juga kerap digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik, selain juga unit cas keunsuran (e) dalam bidang kimia. Simbol Q kerap digunakan untuk menandakan cas. Kajian bagi cara bahan bercas bersaling tindak ialah elektrodinamik klasik, yang jitu selagi kesan kuantum boleh diabaikan.
Cas elektrik ialah sifat abadi asasi bagi sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan menghasilkan, medan elektromagnet. Saling tindak antara cas bergas dengan medan elektromagnet ialah sumber medan elektromagnet, yang merupakan salah satu daripada empat daya asasi (lihat juga: Medan magnet).
Uji kaji abad kedua puluh menunjukkan bahawa cas elektrik terkuantum; iaitu, terdapat dalam gandaan integer bagi unit kecil individual yang dipanggil cas keunsuran, e, hampir-hampir sama dengan ×10−19 coulomb 1.602Templat:Physconst (kecuali untuk zarah kuark yang mempunyai cas yang merupakan gandaan integer e/3). Proton mempunyai satu cas e, dan elektron mempunyai satu cas -e. Kajian bagi zarah sentiasa berubah, dan cara saling tindaknya ditengahi oleh foton, ialah elektrodinamik kuantum.