Daerah (serapan Arab: دَائِرَة, rumi: dā'irah "lingkaran; bulatan" terbitan kata kerja دَارَ dāra "berputar; berpusing"[1]) ialah kawasan pentabiran sesuatu tempat. Beberapa kampung membentuk sebuah mukim. Beberapa mukim membentuk sebuah daerah. Beberapa daerah membentuk sebuah negeri/bahagian. Beberapa negeri membentuk sebuah negara. Di Malaysia, hanya Kelantan sahaja yang tidak menggunakan Daerah tetapi menggunakan Jajahan.