Daisuke Matsuzaka 松坂 大輔 | |||
---|---|---|---|
Pelempar | |||
Dilahirkan: Aomori, Wilayah Aomori, Jepun | 13 September 1980|||
| |||
Debut profesional | |||
NPB: 7 April, 1999, untuk Seibu Lions | |||
MLB: 5 April, 2007, untuk Boston Red Sox | |||
Penampilan terakhir | |||
MLB: 25 September, 2014, untuk New York Mets | |||
NPB: 19 Oktober, 2021, untuk Saitama Seibu Lions | |||
Statistik NPB | |||
Rekod menang–kalah | 114–65 | ||
Purata peroleh larian | 3.04 | ||
Strikeout | 1,410 | ||
Statistik MLB | |||
Rekod menang–kalah | 56-43 | ||
Purata peroleh larian | 4.45 | ||
Strikeout | 720 | ||
Pasukan | |||
| |||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
NPB
MLB
Pasukan Jepun
Lain | |||
Daisuke Matsuzaka (松坂 大輔 , Matsuzaka Daisuke, [matsɯꜜzaka daꜜisɯ̥ke]; lahir 13 September 1980) merupakan bekas pemain besbol Jepun yang beraksi di posisi pelempar. Beliau telah menjalani karier selama 23 musim, di mana 16 daripada di NPB dan tujuh musim selebihnya di MLB. Beliau kini menjadi pengulas, pengkritik, wartawan serta seorang YouTuber. Daisuke dikenali sebagai "Gergasi Era Heisei" (平成の怪物 , heisei no kaibutsu)[1][2] di Jepun dan "Dice-K" di Amerika Syarikat[3] oleh The Boston Globe[4][5] dan USA Today.[6] Beliau telah pun beraksi untuk pasukan Boston Red Sox dan New York Mets di Major League Baseball (MLB) dan Saitama Seibu Lions, Fukuoka SoftBank Hawks serta Chunichi Dragons di Nippon Professional Baseball (NPB).
Matsuzaka terpilih sebagai MVP (Pemain Terbaik) untuk kejohanan sulung dan edisi kedua World Baseball Classic serta peraih pingat gangsa di Sukan Olimpik.[7]
Beliau juga menjadi pemain pertama yang memenangi World Series serta World Baseball Classic.[8]