Dataran Tiananmen

Pemandangan Dataran Tiananmen dari Pintu Tian'an

Dataran Tiananmen (Cina Ringkas: 天安门广场; Cina Tradisional: 天安門廣場; pinyin: Tiān'ānmén Guǎngchǎng) ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China, yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina (Lihat Peristiwa di bawah). Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989.

Dataran ini meliputi 40.5 hektar (100.ekar)[1], menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.

  1. ^ Safra, J. (Ed.). (2003). Tiananmen Square. In New Encyclopædia Britannica, The (15th ed., Chicago: Vol. 11). Encyclopædia Britannica INC. page: 752

Developed by StudentB