Demografi Filipina | |
---|---|
Kedinamikan | |
Jumlah penduduk | 100,981,437 (banci 2015) |
Kadar pertumbuhan | 1.72% (2010-2015)[1] |
Kadar kelahiran | 19.0 kelahiran/1,000 penduduk (2010)[2] |
Kadar kematian | 5.2 kematian/1,000 penduduk (2010)[2] |
Jangka hayat | 71.66 tahun |
Kadar kesuburan | 3.0 anak lahir/perempuan (2013 est.) |
Kadar kematian bayi | 19.34 kematian/1,000 kelahiran hidup |
Kadar penghijrahan bersih | -1.29 penghijrah/1,000 penduduk (2011 est.) |
Struktur umur | |
0–14 tahun | 34.6% (lelaki 17,999,279/perempuan 17,285,040) |
65 tahun dan ke atas | 5% (lelaki 1,876,805/perempuan 2,471,644) (2011 est.) |
Nisbah jantina | |
Jumlah nisbah | 1 lelaki(s)/perempuan |
Semasa lahir | 1.05 lelaki(s)/perempuan |
Bawah 15 tahun | 1.04 lelaki(s)/perempuan |
15–64 tahun | 1 lelaki(s)/perempuan |
65 tahun dan ke atas | 0.76 lelaki(s)/perempuan |
Bangsa | |
Bangsa | Filipina (Filipinos) |
Etnik majoriti | Visaya (Cebuano, Waray, Hiligaynon/Ilonggo, Karay-a, Aklanon, Masbatenyo, Romblomanon) 31.6%, Tagalog 28.1% (banci 2000) |
Etnik minoriti | Ilocano 9%, Bikol 6%, Kapampangan 3%, Pangasinan 2%, Zamboangueño 1.5% & lain-lain 23.3% (banci 2000) |
Bahasa | |
Rasmi | Filipino (Tagalog) dan Inggeris[3] |
Dituturkan | bahasa daerah bantuan - Cebuano, Ilocano, Hiligaynon, Bicolano, Waray, Kapampangan, Pangasinan, Maranao, Maguindanao, Zamboangueño Chavacano dan Tausug |
sunting · sunting di Wikidata |
Purata kadar pertumbuhan tahunan Filipina pada 2010-2015 adalah 1.72%.[4] Menurut banci 2015, Filipina diduduki 100,981,437 orang.[5] Banci rasmi pertama dijalankan di Filipina pada 1877, mencatatkan seramai 5,567,685 orang.[6] Menurut kiraan rasmi, jumlah penduduk Filipina mencecah 100 juta pada waktu tengah malam 27 Julai 2014, menjadikan ini negara ke-12 yang mencapai bilangan ini.[7]
Dianggarkan bahawa separuh daripada penduduk tinggal di pulau Luzon. Umur median populasi ialah 22.7 tahun dengan 60.9% berumur 15 hingga 64 tahun. Jangka hayat ketika lahir ialah 69.4 tahun: 73.1 tahun bagi perempuan dan 65.9 tahun bagi lelaki.[8] Kadar kemiskinan juga susut kepada 21.6% pada 2015 daripada 25.2% pada 2012.[9]
Majoriti penduduk Filipino datang dari rumpun bangsa Melayu, sementara etnik Aeta dan lain-lain orang hulu membentuk minoriti. Penduduk pribumi bertalian dengan penduduk pribumi Kepulauan Melayu. Kelompok etnik pendatang yang ada di Filipina berabad-abad sebelum pemerintahan kolonial seperti Cina, Jepun dan India telah pun pun berasimilasi dengan budaya negara.[10][11][12][13] Juga terdapat bangsa Eropah dan Amerika yang berhijrah ke Filipina sewaktu zaman kolonial.
|dead-url=
(bantuan)