Demografi Sri Lanka

Sri Lanka adalah negara ke-53 terdapat di dunia, dengan kadar tumbesaran populasi tahunan sebanyak 0.79%. Sri Lanka mempunyai kadar kelahiran sebanyak 15.63 kelahiran bagi setiap 1000 orang dan kadar kematian sebanyak 6.49 kematian bagi setiap 1000 orang. Kepadatan penduduk terbesar adalah di barat Sri Lanka, terutamanya dalam dan sekitar Colombo. Terdapat sejumlah kecil penduduk di pulau Wanniyala - orang Aetto, juga dikenali sebagai orang Veddah. Mereka ini dipercayai adalah kumpulan etnik asli dan tertua yang mendiami pulau tersebut. Orang Sinhala membentuk kumpulan etnik terbesar, dengan anggaran sebanyak 81.9% daripada penduduk keseluruhan. Orang Tamil yang tertumpu di wilayah-wilayah utara, timur, tengah dan barat. Orang Tamil yang dibawa dari India oleh penjajah British sebagai buruh kontrak untuk bekerja di ladang-ladang estet, hampir 50% daripada mereka adalah yang dihantar balik ke negara asal berikutan kemerdekaan Sri Lanka pada tahun 1948, dipanggil orang Tamil "berasal-usulkan India". Mereka berbeza daripada penduduk berketurunan Tamil asal yang telah menetap di Sri Lanka sejak zaman silam. Menurut data bancian 2001 orang Tamil India membentuk 5.1% daripada penduduk Sri Lanka dan orang Tamil Sri Lanka 4.3%. Walaupun angka ini hanya menghitung orang Tamil Sri Lanka di kawasan-kawasan yang dikuasai kerajaan, tanpa menghitung mereka yang berada di wilayah-wilayah yang dikuasai golongan pemberontak. Terdapat populasi orang Moor yang ketara (8.0%) yang berketurunan pedagang-pedagang Arab dan pendatang-pendatang dari Timur Tengah. Kewujudan mereka tertumpu di bandar-bandar dan wilayah-wilayah tengah dan timur. Terdapat juga kumpulan-kumpulan etnik kecil seperti orang Burgher (keturunan kacukan Eropah) dan Melayu dari Asia Tenggara.

Bahasa Sinhala dan Tamil adalah dua bahasa rasmi Sri Lanka. Bahasa Inggeris ditutur oleh lebih kurang 10% penduduk, dan digunakan secara meluas untuk tujuan pendidikan, saintifik dan komersial. Anggota-anggota masyarakat Burgher bertutur dalam pelbagai ragam bahasa Kreol Portugis dan Belanda dengan tahap kefasihan yang berbeza-beza, manakala anggota-anggota masyarakat Melayu bertutur dalam satu bentuk bahasa Kreol Melayu yang unik di pulau tersebut. Sri Lanka juga menikmati kepelbagaian agama. Dianggarkan sebanyak 69% daripada penduduknya adalah penganut agama Buddha. Agama Buddha aliran Theravada adalah mazhab utama, dengan pecahan mazhab yang berbeza-beza seperti Ramanna Nikaya, Amarapura Nikaya dan Siam Nikaya diikuti secara meluas. Agama Buddha di Sri Lanka amat dipengaruhi oleh kepercayaan dan tradisi asli, dan juga oleh pengaruh mazhab-mazhab Buddha yang sedia ada di Asia Tenggara. Sri Dalada Maligawa atau "Kuil Gigi" yang kuno dan terkenal itu adalah kuil Buddha induk di Sri Lanka, dan dengan tradisi penyimpanan Gigi Buddha. Ia diziarahi berjuta-juta pelawat setiap tahun. Agama Hindu diamalkan oleh 7.9% penduduk, kebanyakannya adalah masyarakat Tamil. Agama Kristian diamalkan oleh 7% penduduk, terutamanya orang Burgher walaupun kebanyakan penganut Kristian adalah orang Sinhala atau Tamil. Kebanyakan penganut Kristian Sri Lanka adalah bermazhab Katolik, terdapat bilangan ketara yang menganuti mazhab Gereja Reformasi Belanda dan Kommunion Anglikan. Agama Islam diamalkan oleh 8.5% penduduk dan hampir keseluruhan penganutnya adalah orang Moor dan Melayu.


Developed by StudentB