Dewan rakyat

Dewan rakyat atau dewan rendah adalah salah satu dari dua "dewan" dalam sistem perundangan ganda sesebuah negara selain dewan pertuanan. Di banyak negara, dewan ini seringkali memiliki kuasa yang besar kerana adanya batasan terhadap kuasa dewan pertuanan. Dalam sistem berparlimen, hanya dewan rakyat yang dapat mengangkat ketua kerajaan atau perdana menteri, dan dapat pula menurunkan mereka melalui undi tidak percaya.

Beberapa nama yang umum digunakan untuk dewan rakyat disenaraikan di bawah beserta contoh:

  • Dewan rakyat (British, Malaysia, Perancis)
  • Dewan perwakilan (A.S., Indonesia)
  • Dewan perhimpunan (Barbados)
  • Dewan undangan (Costa Rica)
  • Perhimpunan kebangsaan (Korea, Pakistan)

Developed by StudentB