Dhabihah

Dhabīḥah (Arab: ذَبِيْحَة; Sebutan Arab: [ðæˈbiːħɑ], atau Zabiha) adalah Hukum Islam yang menjelaskan tentang kaedah penyembelihan ritual yang bertunjangkan ajaran Islam yang sebenar. Namun haiwan seperti ikan, belalang (locusts), kekerangan dan makanan laut yang lain yang halal dimakan dalam Islam; lihat Hukum pemakanan Islam adalah bebas dari disembelih. Untuk menjalankan aktiviti menyembelih haiwan syarat yang perlu dipatuhi adalah:

  • Penyembelih mestilah beragama Islam dan tidak gila.
  • Menyembelih mestilah dengan menggunakan peralatan yang bersih dan bebas dari kotoran pembawa penyakit merbahaya.
  • Haiwan yang hendak disembelih mestilah dalam kategori haiwan halal dimakan dalam Islam, lihat Hukum pemakanan Islam.
  • Haiwan yang hendak disembelih mestilah sempurna, tidak cacat dan tidak mengalami sebarang kepatasan atau keilatan serta tiada luka-luka yang serius. Haiwan yang hendak disembelih perlulah sedar, tidak pengsan atau koma. Haiwan yang baru dilemahkan untuk tujuan penyembelihan dibolehkan untuk disembelih dengan syarat cukup sifat elok, sihat, tidak cacat dan sebagainya serta tidak koma atau pengsan.
  • Alat sembelih seperti pisau perlu cukup tajam dan jika disembelih mudah untuk memotong dengan sekali pacuan sembelihan sahaja.
  • Menyembelih hanya atas nama Allah sahaja.
  • Penyembelihan mesti dibuat dileher haiwan, memotong mesti potong pada urat jugular dan Arteri karotid serta saluran pernafasan (trakea) dan saluran pemakanan (esofagus) mesti dipotong juga. Yang tinggal hanya tulang vertebra yang mengandungi saraf tunjang dan kulit leher belakang. Maklumat berkenaan penyembelihan ini mengikut Sunnah yang diajar oleh Nabi Muhammad yang perlu dipatuhi sepenuhnya. Ia berdasarkan mandat Tuhan yang tercatat dalam Al-Quran yang menyebut bermaksud:

Diharamkan bagi kamu bangkai (carrion), dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disembelih dengan mengishtiharkan nama selain dari Allah, dan yang mati akibat tercekik, yang mati akibat senjata tumpul, yang mati akibat terjatuh, yang (mati) akibat ditanduk oleh tanduk oleh haiwan, dan yang dimamah oleh haiwan buas, kecuali sempat kamu menyembelihnya (jika masih hidup); dan mana yang disembelih di altar dan diagihkan untuk melemparkan anak panah [untuk kejahatan]; ini adalah tingkah laku berdosa.


Developed by StudentB