Liao 遼 | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
915–1125 | |||||||||||||||||
Ibu negara | Shangjing (918-1120) | ||||||||||||||||
Agama | Tengrisme, Buddhisme, Taoisme, Konfucianisme, agama rakyat China | ||||||||||||||||
Kerajaan | Monarki dipilih kemudian monarki | ||||||||||||||||
Khan kemudian Maharaja | |||||||||||||||||
• 916-926 | Maharaja Taizu | ||||||||||||||||
• 1101-1125 | Maharaja Tianzuo | ||||||||||||||||
Badan perundangan | Kurultai kemudian dihapuskan apabila mereka mengambil gelaran maharaja | ||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||
• Abaoji dipilih menjadi ketua puak | 907 | ||||||||||||||||
• Diwujudkan | 916 915 | ||||||||||||||||
• Maharaja Tianzuodi ditawan | 1125 1125 | ||||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||||
947 (anggr) | 2,600,000 km2 (1,000,000 bt2) | ||||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||||
• puncak | 9,000,000 | ||||||||||||||||
Mata wang | Matawang China, syiling China, syiling tembaga dsb. | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
1. Dinasti-dinasti Khitan lain termasuk Liao Utara dan Liao Barat. 2. Dinasti Liao memiliki nama "Khitan" berbeza yang mana digunakan pada tahun 916-947, 983-1066. |
Dinasti Liao (Cina ringkas: 辽朝 ; Cina tradisional: 遼朝 ; pinyin: Liáo Cháo, bahasa Khitan: Mos Jælut)[1][2], 907-1125, juga dikenali sebagai Empayar Khitan (契丹國 pinyin: Qìdān Guó, Khitan: Mos diau-d kitai hulʤi gur)[3], adalah sebuah empayar di Asia Timur yang merangkumi kawasan di Manchuria, Mongolia dan sebahagian utara China moden. Ia diasaskan oleh puak Yelü (耶律 Yēlǜ, Khitan: Jalut, Jælut) daripada orang Khitan pada tahun sama kejatuhan dinasti Tang yang runtuh pada tahun 907, walau bagaimanapun pemerintah pertamanya, Yelü Abaoji, tidak mengistiharkan nama era beliau sehinggalah tahun 916.
Meskipun pada awalnya dikenali sebagai Empayar Khitan, Maharaja Yelü Ruan secara rasminya menggunakan nama "Liao" (dahulunya "Liao Besar") pada tahun 947 (938?). Nama "Liao" kemudian digugurkan pada tahun 983, tetapi digunakan kembali pada tahun 1066. Nama Inggeris lain bagi China, iaitu Cathay, diterbitkan daripada nama Khitan. Ia juga asal perkataan Rusia untuk China, Китай atau Kitay, dan dalam beberapa bahasa Eropah Timur lain.
Empayar Liao telah dihancurkan oleh puak Jurchen dari Dinasti Jin pada tahun 1125. Bagaimanapun, sisa penduduknya diketuai oleh Yelü Dashi mengasaskan Dinasti Liao Xi (barat) 1125-1220, juga dikenali sebagai Kekhanan Kara-Khitan, yang mana wujud sehingga ketibaan Genghis Khan dan tentera Mongol beliau.