Diplomasi Nabi Muhammad

Nabi Muhammad (c. 570–632 M) tercatat sebagai berperanan sebagai seorang diplomat semasa baginda menyebarkan Islam dan semasa menjadi ketua Ummah Muslim. Baginda memulakan perhubungan dengan ketua-ketua khafilah serta ketua-ketua negara lain dengan mengutus surat,[1] menghantar duta,[2] ataupun dengan berjumpa dengan mereka seperti yang baginda lakukan di Ta’if.[3] Contoh persuratan baginda termasuk surat kepada Heraclius, Negus dan Khosrau.

Apabila Nabi Muhammad tiba di Madinah dalam tahun 622 M, kaum-kaum tempatan, khususnya Bani Aws dan Bani Khazraj, sedang saling bertelagah buat beberapa dasawarsa.[4] Nabi Muhammad menangani masalah ini dengan mewujudkan Perlembagaan Madinah: sebuah dokumen yang mengatur perhubungan antara puak-puak yang berada di Madinah, yang dipersetujui oleh semua yang terlibat. Peranan ini merupakan peranan yang berlainan buat baginda oleh sebab baginda hanya bertindak dari segi peranana keagamaan semasa di Makkah. Hasilnya adalah penubuhan sebuah masyarakat yang bersatu padu di Madinah, dan juga kekuatan politik yang unggul buat baginda.[5][6]

Nabi Muhammad juga mengambil bahagian dalam perjanjian dan baiat (ikrar) seperti "Baiat al-Aqabah", Perjanjian Hudaibiyah, dan "Baiat Ridhwan". Dilaporkan yang baginda menggunakan sebuah mohor perak pada surat-surat yang dikirim kepada ketua-ketua lain sebagai sebahagian daripada usaha "dakwah" baginda.[2][5][7]

  1. ^ Irfan Shahid, Arabic literature to the end of the Umayyad period, Journal of the American Oriental Society, Vol 106, No. 3, p.531
  2. ^ a b al-Mubarakpuri(2002) p. 412
  3. ^ Watt (1974) p. 81
  4. ^ Watt. al-Aus; Encyclopaedia of Islam
  5. ^ a b Buhl; Welch. Muhammad; Encyclopaedia of Islam
  6. ^ Watt (1974) pp. 93—96
  7. ^ Haykal (1993) Section: "The Prophet's Delegates"

Developed by StudentB