Doktor (daripada bahasa Latin doctor yang bererti "guru/pengajar"[1] terbitan docēre "mengajar"; singkatan: Dr atau Dr.[nota 1]), tabib (serapan Arab: طَبيِب, rumi: ṭabīb bentuk ism terbitan kata kerja طَبَّبَ ṭabbaba "mengubat; merawat"[2]) atau bomor (Men.[3]) ialah suatu gelaran akademik untuk siswa-siswi yang mendapat ijazah kedoktoran.[4] Ia turut lazim digunakan masyarakat umum untuk menggelar pakar-pakar perubatan[5][6] sama ada dalam bidang am mahupun khusus (gigi, kesihatan haiwan, pembedahan dan sebagainya).
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan