Dubai (dalam Arab: دبيّ , Dubayy, sebutan /dʊ'baɪ/ dalam Bahasa Inggeris) merujukkan pada sama ada:
Dubai
دبي | |
---|---|
Koordinat: 25°15′47″N 55°17′50″E / 25.26306°N 55.29722°EKoordinat: 25°15′47″N 55°17′50″E / 25.26306°N 55.29722°E | |
Negara | Emiriah Arab Bersatu |
Amiriah | Dubai |
Diasaskan oleh | Obeid bin Said & Maktoum bin Butti Al Maktoum |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja mutlak |
• Ketua Pengarah Perbandaran Dubai | Dawoud Al Hajri |
Keluasan | |
• Metropolis | 1,610 km2 (620 batu persegi) |
• Metro | 1,994 km2 (770 batu persegi) |
Penduduk (2023)[4] | |
• Metropolis | 3,604,030 |
• Kepadatan | 2,200/km2 (5,800/batu persegi) |
• Metro | 5,894,000 |
• Kepadatan metro | 3,000/km2 (7,700/batu persegi) |
Demonim | Orang Dubai |
KDNK | |
• Metropolis | AS$ 134.6 bilion (2023) |
• Metro | AS$ 202.8 bilion (2023) |
Zon waktu | UTC+04:00 (Waktu Piawai UAE) |
Laman sesawang | www.dm.gov.ae |
Dubai mempunyai penduduk teramai dan merupakan bandar kedua terbesar setelah Abu Dhabi. Dubai dibezakan dari ahli-ahli lain di UAE dengan jualan dari minyak mengandungi hanya 6% keluaran dalam negara kasar. Kebanyakan jualan amiriah adalah dari Zon Bebas Jebel Ali (ZBJA)[7] dan, kenaikannya, dari pelancongan.
Dengan pembinaan dan pembangunan dalam berbagai industri, Dubai telah menarik perhatian sedunia melalui projek pembaharuan hartanah, pesta sukan, persidangan dan rekod Guinness. Walau bagaimanapun, ini menarik perhatian, bersesuaian dengan kemunculannya sebagai sebuah hab bisnes dunia, dan juga menonjolkan isu-isu hak kemanusiaan mengenai tenaga kerja pendatang besarnya.
Dubai kini dipimpin oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Makhtoum yang juga Wakil Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu. Meskipun bentuk pemerintahan Dubai adalah dalam bentuk kerajaan berpelembagaan, namun kerajaan berpelembagaan itu terpaksa tunduk pada undang-undang yang berlaku di sana.
Luas Dubai sekitar 4.114km2 dengan penduduknya hanya sekitar 2.262.000 orang dengan majoriti penduduk adalah pendatang dari sekitar 100 negara dari setiap penjuru dunia. Kerana Dubai dihuni oleh banyak bangsa, maka kebudayaannya pun telah beraneka ragam dan dipelbagaikan. Pada awal 1900-an kebudayaan Dubai telah dipengaruhi dengan kebudayaan Iran. Lalu, mulai 1960-an, adat kebudayaannya telah digantikan dengan kebudayaan India dan Pakistan. Kini kebudayaan asing lain turut ikut mewarnai kehidupan rakyat dan masyarakat Dubai.
Kerana pendapatan utama Dubai bukan berasal dari minyak dan sumber alam yang lain, maka Dubai mencari sumber lain yang diharapkan dapat mendongkrak pendapatan kota ini dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor bisnes, ekonomi, perumahan, dan kewangan selain dari sektor pelancongan. Kebanyakan dari bangunan-bangunan yang dibina di Dubai amat menekankan bentuk dan kesenian yang berunsur keIslaman dan kontemporari.
Dubai telah banyak sekali membangunkan hotel dan gedung mewah dengan fasiliti kelas pertama untuk menarik minat para pelancong bagi melancong ke kota bertaraf Dunia ini. Apabila diintip beberapa hotel supermewah, seperti Hotel Atlantis dan Burj Al Arab, gedung canggih seperti Dubai Dynamic Tower, serta Pulau Palma yang luar biasa, pasti pelancong akan terpegun dan terkaku sebentar akan kemewahan dan perbezaan bentuk kota yang diperagakan.
Dubai moden
Semasa 1970-an, Dubai terus berkembang daripada hasil yang dijana daripada minyak dan perdagangan, walaupun bandar itu menyaksikan kemasukan pendatang yang melarikan diri dari perang saudara Lubnan.[8] Pertikaian sempadan antara emirat berterusan walaupun selepas pembentukan UAE; hanya pada tahun 1979 satu kompromi rasmi dicapai yang menamatkan perselisihan faham.[9] Pelabuhan Jebel Ali, pelabuhan laut dalam yang membenarkan kapal-kapal besar untuk berlabuh, telah dibina pada tahun 1979. Pelabuhan ini pada mulanya tidak berjaya, oleh itu Sheikh Mohammed menubuhkan JAFZA (Zon Bebas Jebel Ali) di sekitar pelabuhan tersebut pada tahun 1985 untuk menyediakan syarikat asing dengan import tenaga buruh dan modal eksport tanpa sekatan.[10]
Perang Teluk pada awal tahun 1991 mempunyai kesan kewangan yang negatif ke atas bandar ini, kerana pendeposit mengeluarkan wang mereka dan peniaga menarik balik perdagangan mereka, namun selepas itu, bandar ini pulih dalam suasana politik yang berubah-ubah dan berkembang maju. Kemudian pada tahun 1990-an, kebanyakan komuniti pedagang asing—pertama dari Kuwait ketika Perang Teluk dan kemudian dari Bahrain ketika pergolakan Syiah—memindahkan perniagaan mereka ke Dubai.[11] Dubai menyediakan pangkalan untuk mengisi bahan api kepada tentera bersekutu di Zon Bebas Jebel Ali semasa Perang Teluk dan sekali lagi semasa Serangan ke atas Iraq pada tahun 2003. Peningkatan besar dalam harga minyak selepas Perang Teluk mendorong Dubai untuk terus memberi tumpuan kepada perdagangan bebas dan pelancongan.[12]
Gurun pasir yang mengelilingi bandar ini menyokong pertumbuhan rumput liar dan sedikit pokok kurma. Hiasin padang pasir tumbuh di dataran sabkha di timur bandar, manakala pokok akasia dan ghaf tumbuh di dataran rata dalam kawasan berhampiran pergunungan Al Hajar Barat.