Edward VII | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja United Kingdom dan Dominion British, Maharaja India | |||||
Pemerintahan | 22 Januari 1901 – 6 Mei 1910 | ||||
Pertabalan | 9 Ogos 1902 | ||||
Didahului oleh | Victoria | ||||
Diikuti oleh | George V | ||||
Perdana Menteri | Lihat senarai | ||||
Durbar Imperial | 1 Januari 1903 | ||||
Keputeraan | Istana Buckingham, London, United Kingdom | 9 November 1841||||
Kemangkatan | 6 Mei 1910 Istana Buckingham, London, United Kingdom | (umur 68)||||
Pemakaman | 20 Mei 1910 Gereja Kecil St. George, Istana Windsor | ||||
Pasangan | Alexandra dari Denmark | ||||
Anakanda | Putera Albert Victor, Duke Clarence George V Louise, Puteri Diraja, Duchess Fife Puteri Victoria Maud, Permaisuri Norway Putera Alexander John dari Wales | ||||
| |||||
Kerabat | Wangsa Sachsen-Coburg dan Gotha | ||||
Ayahanda | Putera Albert dari Sachsen-Coburg dan Gotha | ||||
Bonda | Victoria | ||||
Tandatangan |
Edward VII (juga dikenali sebagai Albert Edward; 9 November 1841 – 6 Mei 1910) merupakan Raja bagi United Kingdom dan dominionnya serta Maharaja India dari 22 Januari 1901 sehinggalah kemangkatannya. Baginda adalah raja pertama dari kalangan Wangsa Sachsen-Coburg dan Gotha, di mana nama wangsa tersebut telah ditukar kepada Wangsa Windsor oleh anakandanya, George V.
Sebelum menaiki takhta, Edward berkhidmat sebagai pewaris raja dan memegang gelaran Putera Wales dengan jangka masa yang lebih lama berbanding pemegang-pemegang terdahulu. Pada zaman pemerintahan bondanya, Ratu Victoria yang lama, baginda dikecualikan daripada perkara-perkara berkaitan kuasa siasah dan hanya sebagai lambang kepada gaya hidup elit.
Zaman Edward iaitu era yang meliputi garis masa pemerintahan Edward dan nama era tersebut diambil sempena nama baginda. Pada zaman ini, abad baru dan perubahan yang ketara terhadap teknologi dan masyarakat termasuklah pesawat berkuasa bermula serta kebangkitan ideologi sosialisme berlaku di United Kingdom. Pada zaman itu juga, baginda memainkan peranan yang besar dalam memodenkan Armada Utama British (British Home Fleet), melakukan pembaharuan dalam Perkhidmatan Perubatan Tentera (Army Medical Services)[1] dan menyusun semula struktur Tentera British selepas Perang Boer Kedua. Edward juga menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara Eropah yang lain terutamanya Perancis, yang mana baginda telah dikenali sebagai "Pendamai".
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama royal