Egalitarianisme

Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat menjatuhkan doktrin sosial yang amat dominan ketika itu iaitu bahawa hak raja dianggap sebagai kurniaan Tuhan (Divine right of kings), diganti dengan bahawa segala insan dilahirkan/diciptakan sama-rata (All men are created equal).

Egalitarianisme (berasal dari bahasa Perancis égal yang bermaksud "sama"), ialah kepercayaan bahawa seseorang perlu dilayan sama-rata dari pelbagai segi baik agama, politik, ekonomi, sosial, mahupun budaya.

Pengertian doktrin egalitarianisme ini membawa pendapat bahawa pada hakikatnya semua manusia pada dasarnya sama dari segi taraf nilai atau moral secara asasnya. Sebahagian besar tanggapan ini adalah bidasan terhadap pelanggaran perkembangan statik dan mempunyai dua definisi yang berbeza dalam Bahasa Inggeris moden,[1] iaitu 1) sebagai doktrin politik yang menyatakan bahawa semua orang harus dilayan sama-rata dan mempunyai hak politik, ekonomi, sosial dan madani yang saksama,[2] atau 2) dalam erti falsafah sosial yang menganjurkan penghapusan ketaksamaan ekonomi antara manusia atau wujudnya beberapa jenis pengagihan semula atau desentralisasi kuasa. Oleh itu, ini dianggap oleh beberapa pihak sebagai keadaan semula jadi masyarakat.[3][4][5]

Adanya kajian yang menunjukkan bahawa jurang sosial sebagai merupakan punca kewujudan banyak masalah sosial, malah sebuah kaji selidik komprehensif ekonomi utama dunia mendedahkan adanya hubungan antara ketaksamaan sosial seperti masalah pembunuhan, kematian bayi, obesiti, kehamilan remaja, kemurungan emosional dan populasi sehingga menuju pemenjaraan. Oleh itu, egalitarianisme merupakan subjek yang banyak merujuk tentang politik.[6]

  1. ^ "Definition of EGALITARIANISM". www.merriam-webster.com.
  2. ^ The American Heritage Dictionary (2003). "egalitarianism".
  3. ^ John Gowdy (1998). Limited Wants, Unlimited Means: A reader on Hunter-Gatherer Economics and the Environment. St Louis: Island Press. m/s. 342. ISBN 155963555X.
  4. ^ Dahlberg, Frances. (1975). Woman the Gatherer. London: Yale university press. ISBN 0-30-02989-6 Check |isbn= value: length (bantuan).
  5. ^ Erdal, D. & Whiten, A. (1996) "Egalitarianism and Machiavellian Intelligence in Human Evolution" in Mellars, P. & Gibson, K. (eds) Modeling the Early Human Mind. Cambridge MacDonald Monograph Series
  6. ^ "Inequality: The Mother of All Evils?" (PDF). London: The Guardian. Dicapai pada 2010-09-16.

Developed by StudentB