Ekadewan

Sistem ekadewan (dari eka- "satu, tunggal" + kata serapan Arab dewan "badan undang-undang") ialah sejenis badan perundangan yang mengandungi satu-satunya sebuah dewan undangan yang menggubal dan membuat undang-undang.[1] Sistem ekadewan menjadi jenis badan perundangan biasa yang semakin bertambah, menjadi hampir 60% daripada seluruh badan perundangan negara-negara[2] dan menjadi bahagian yang lebih besar daripada badan perundangan subnasional.

Adakalanya, sebagaimana di New Zealand dan Denmark, sistem ekadewan muncul selepas pembubaran salah satu daripada dua dewan dari sistem diwdewan, atau, sebagaimana di Sweden, melalui penggabungan dua dewan menjadi satu, sementara negara yang lain pula dewan kedua tidak pernah wujud sejak awal.

  1. ^ Lanham, Url (2018). The insects. Gene-Tech Books. ISBN 978-81-89729-42-4. OCLC 1003201754.
  2. ^ "Structure of parliaments". IPU PARLINE database. 2022. Dicapai pada 2022-12-31.

Developed by StudentB