Emiriah Arab Bersatu أميرية عرب برساتو الإمارات العربيّة المتّحدة
Al-Imārāt al-ʿArabīyaṯ al-Muttaḥidaṯ | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Tuhan, Negara, Keluarga DiRaja | |||||
Lagu kebangsaan: Ishy Bilady | |||||
Ibu negara | Abu Dhabi | ||||
Bandar terbesar | Dubai | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Arab | ||||
Kerajaan | Monarki Persekutuan Raja Berperlembagaan | ||||
• Presiden | Mohammed bin Zayed Al Nahyan | ||||
Mohammed bin Rashid Al Maktoum | |||||
Penubuhan | |||||
sedikit sahaja | |||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2019 | 9,628,512 (92) | ||||
• Bancian Penduduk 2005 | 4,104,695 | ||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $670.33 billion (23) | ||||
$69,623 (8) | |||||
HDI (2019) | 0.913 sangat tinggi · 16 | ||||
Mata wang | Dirham Emiriah Arab Bersatu ( AED ) | ||||
Zon waktu | UTC+4 (GMT+4) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+4 (tidak diperhatikan) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Nombor telefon | +971 | ||||
DPT internet | .ae, امارات. |
Emiriah Arab Bersatu (Arab: الإمارات العربية المتحدة ; bahasa Inggeris: United Arab Emirates , sering disingkatkan kepada UAE) ialah sebuah negara yang terletak di tenggara Semenanjung Arab di barat daya Asia. Negara ini terdiri daripada tujuh buah wilayah emiriah iaitu:,
Islam ialah agama rasmi manakala bahasa Arab pula ialah bahasa rasmi. Rizab minyak dan gas asli UAE masing-masing merupakan yang keenam dan ketujuh terbesar di dunia.[1][2] Zayed bin Sultan Al Nahyan, pemerintah Abu Dhabi dan Presiden pertama negara tersebut, menyelia pembangunan Emiriah dengan melabur dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur daripada hasil minyak.[3]
UAE diiktiraf sebagai kuasa pusat dan serantau.[4][5] UAE ialah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam, OPEC, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) [6] [7]