Empayar Rom | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
27 SM–476/1453 | |||||||||||
Ibu negara | Rom merupakan ibu negara politik tunggal sehingga 286 M Di bawah Tetrarchy terdapat beberapa pusat politik, manakala Rom terus menjadi ibu negara nominal, budaya dan ideologi keseluruhan empayar. Di bawah pemerintahan Constantine ini berubah ke Constantinople[1]. Selepas pembahagian timur barat, Mediolanum (barat) dan Ravenna (timur) menjadi ibu negara. | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | bahasa Latin, Bahasa Yunani Purba | ||||||||||
Agama | Politeisme dan kultus empayar Rom (hingga 380) Kristian (dari 380) | ||||||||||
Kerajaan | Autokrasi | ||||||||||
Maharaja | |||||||||||
• 27 SM – 14 SM | Augustus | ||||||||||
• 378–395 | Theodosius I | ||||||||||
• 475–476 / 1449–1453 | Romulus Augustus / Constantinus XI | ||||||||||
Konsul | |||||||||||
Badan perundangan | Senat Rom | ||||||||||
Era Sejarah | Baharian klasik | ||||||||||
2 September 31 SM | |||||||||||
27 SM | |||||||||||
• Diocletian membahagikan pentadbiran kepada Timur dan Barat | 285 | ||||||||||
• Constantinus I mengasaskan Constantinopolis sebagai ibu negara baru | 330 | ||||||||||
• Kematian Theodosius I, diikuti pembahagian kekal empayar antara Timur dan Barat | 395 | ||||||||||
• Penggulingan Maharaja Barat Romulus Augustus/Kejatuhan Constantinople * | 476/1453 | ||||||||||
Keluasan | |||||||||||
25 SM[2][3] | 2,750,000 km2 (1,060,000 bt2) | ||||||||||
50[2] | 4,200,000 km2 (1,600,000 bt2) | ||||||||||
117[2] | 5,000,000 km2 (1,900,000 bt2) | ||||||||||
390 [2] | 4,400,000 km2 (1,700,000 bt2) | ||||||||||
Populasi | |||||||||||
56800000 | |||||||||||
• 117[2] | 88000000 | ||||||||||
Mata wang | (a) 27 SM - 212 M: 1 aureus emas (1/40 lb. emas, susut nilai kepada 1/50 lb. pada 212) = 25 denarii perak = 100 sesterces gangsa = 400 asses tembaga. (b) 294 - 312: 1 aureus solidus emas (1/60 lb. emas) = 10 argentei perak = 40 folles gangsa = 1,000 denarii logam ternyahgred (c) 312 seterusnya: 1 solidus emas (1/72 lb.) = 24 siliquae perak = 180 folles gangsa | ||||||||||
| |||||||||||
* Peristiwa ini menandakan berakhirnya Empayar Rom Barat (286–476)[4] dan Empayar Rom Timur (330–1453). |
Empayar Rom (Tulisan Jawi: ايمڤاير روم) merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian, oleh penyokong-penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai "Augustus") menewaskan pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi "Empayar Rom".
"Empayar Rom" boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud "wilayah"; "Empayar Rom" merujuk kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah Rom ini yang menyeberangi sempadan negara kota Rom yang asal telah bermula sejak lama lagi sebelum negara itu menjadi sebuah empayar. Pada kemuncaknya selepas penaklukan Dacia oleh Trajan, Empayar Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.
Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan, dengan tarikh-tarikh pelantikan Julius Caesar sebagai sebagai diktator seumur hidup (44 SM), perang Actium (2 September 31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom menganugerahkan Octavian dengan gelaran Augustus (6 Januari 27 SM) kesemua ini dikemukakan sebagai calon. Lebih mengelirukan lagi, Octavian mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik Rom dan menyembunyikan kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republik. Pada kelihatannya, Republik Rom masih hidup: konsul-konsul masih dipilih, tribunal marhaen masih mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam Kuria Rom. Bagaimanapun, Octavian ialah orang yang menguasai kesemua ini serta membuat semua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan digunakan untuk menyokong beliau.
Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September 476 ketika Empayar Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun, pandangan ini mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali secara meluas sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan budaya Rom. Didasarkan pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom, Empayar Rom amat dipengaruhi oleh budaya dan bahasa Yunani, dan telah mengembangkan sifat tersendiri yang dapat dikekalkan, malahan berkembang maju, selama seribu tahun lagi. Pada akhirnya, Empayar Rom ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei 1453.
Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasi Eurasia Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya. Pengaruh-pengaruh budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan seni bina Rom terhadap tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/>
yang berpadanan disertakan