Empayar Sepanyol Imperio Español | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1492–1975 | |||||||||
| |||||||||
Status | Negara kesatuan | ||||||||
Ibu negara | Toledo (1492-1561) Madrid (sejak 1561) | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Sepanyol | ||||||||
Agama | Katolik Rom | ||||||||
Kerajaan | Beraja | ||||||||
Raja | |||||||||
Charles I | |||||||||
Maria Christina dari Austria, Pemangku Raja semasa Raja Alphonse XIII masih kanak-kanak | |||||||||
Kerabat Habsburg | |||||||||
Kerabat Bourbon | |||||||||
Sejarah | |||||||||
1492 | |||||||||
• Penaklukan Empayar Aztek | 1519-1521 | ||||||||
• Penaklukan Empayar Inca | 1532–1537 | ||||||||
1975 | |||||||||
Mata wang | Real Sepanyol, Escudo Sepanyol | ||||||||
|
Empayar Sepanyol (Sepanyol: Imperio Español ; Latin: Imperium Hispanicum ) adalah salah sebuah empayar terawal dan terbesar yang pernah wujud dalam sejarah dunia. Pada kurun ke-15 dan 16, Sepanyol merupakan pusat penjelajahan dan pengembangan koloni di Eropah. Ia juga membuka laluan perdagangan melalui laut, dengan perdagangan merentasi Lautan Atlantik di antara Sepanyol dan benua Amerika dan Lautan Pasifik antara Asia-Pasifik dan Mexico melalui Filipina. Conquistador memusnahkan peradaban Aztek, Inca, dan peradaban Maya, dan mendapat banyak tanah di Amerika Utara dan Selatan.
Pada waktu kemuncaknya, Empayar Sepanyol menguasai lautan melalui armada tentera laut berpengalaman dan mendominasi medan pertempuran Eropah dengan pasukan infantri yang sangat terlatih. Sepanyol menikmati satu zaman emas kebudayaan pada kurun ke-16 dan 17. Dengan empayar yang kaya dengan emas, Empayar Sepanyol juga digelar Empayar Matahari.