Negara | Belanda |
---|---|
Konfederasi | UEFA |
Ditubuhkan | 1956 |
Bilangan pasukan | 18 |
Disingkirkan ke | Eerste Divisie |
Aras | Tahap 1 |
Piala domestik | Piala KNVB |
Piala antarabangsa | Liga Juara-Juara UEFA Liga Eropah UEFA |
Juara semasa | Feyenoord (kemenangan ke-15) (2016–17) |
Kejuaraan terbanyak | Ajax (33 kemenangan) |
Rakan TV | Fox Sports Eredivisie NOS (Highlights) |
Tapak sesawang | Eredivisie.nl |
Eredivisie 2017–18 |
Eredivisie (Sebutan Belanda: [ˈeːrədiˌvizi], [é-rĕ-di-vi-zi]; "Divisyen Terhormat" atau "Divisyen Perdana") adalah pelapis bola sepak profesional tertinggi Belanda. Liga ini telah didirikan pada tahun 1956, dua tahun setelah bermulanya sepak bola profesional di Belanda. Pada akhir musim 2015-2016, ia telah menduduki tempat ke-13 dalam senarai liga terbaik Eropah oleh UEFA.[1]
Divisyen atas ini terdiri daripada 18 buah kelab. Setiap kelab bertemu setiap kelab lain dua kali dalam semusim, sekali sebagai tuan rumah dan sekali sebagai pasukan tetamu. Pada akhir setiap musim, kelab terbawah secara automatiknya diturunkan ke tahap kedua dari sistem liga Belanda iaitu Eerste Divisie ("Divisyen Pertama"). Pada masa yang sama, juara Eerste Divisie akan secara automatik dinaiktaraf ke Eredivisie. Dua kelab-kelab dari bawah Divisyen tersebut akan mara ke perlawanan semula (play-off) penaikan/penyingkiran yang berasingan Perlawanan-perlawanan ini dimainkan dalam dua kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai satu kelab Divisyen dan tiga kelab tinggi Eerste Divisie. Dalam kedua-dua perlawanan semula ini, setiap kelab bermain dalam siri ganda sebagai tuan rumah dan tetamu (home-and-away series) dengan kelab-kelab lain. Pemenang setiap perlawanan kumpulan ini akan bermain di Eredivisie berikutnya manakala pasukan-pasukan lain mara ke Eerste Divisie.