Eros

Eros
Dewa cinta, nafsu dan seks
Ahli Erotes
Ukiran semula patung Eros dengan panahnya oleh Lysippos (pada abad ke-2 M)
Tempat tinggalGunung Olympus
SimbolPanah, lilin, cumbuan
Maklumat peribadi
Ibu bapaAres dan Aphrodite, atau Khaos
Adik-beradikHarmonia, Hermaphroditus,Himeros, Phobos, Deimos, Adrestia dan Anteros
PasanganPsyche
ZuriatHedone
Equivalents
Kesetaraan RomCupid, Amor

Eros [é-ros] Bahasa Yunani Kuno: Ἔρως, "Desire") ialah dewa cinta, nafsu dan seks dalam kepercayaan Yunani Purba. Dalam kisah terawal, dia adalah dewa primordial. Semasa dalam kisah kemudian, dia digambarkan sebagai salah satu anak Aphrodite dan Ares dan bersama beberapa adik-beradiknya, adalah salah seorang Erotes, sekelompok dewa cinta yang bersayap.

Dia biasanya digambarkan dengan ibunya, Aphrodite sebagai bayi bersayap atau pemuda tampan yang bersayap. Menurut Mitologi Yunani, sesiapa pun yang terkena bucu panahnya akan jatuh cinta dengan orang pertama yang mereka lihat. Mitologi Romawi turut mempunyai dewa setara iaitu Cupid.[1]

  1. ^ Larousse Desk Reference Encyclopedia. Haydock: The Book People. 1995. m/s. 215.

Developed by StudentB