Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Sebahagian dari siri mengenai |
القرءان الکريم al-Quranul Karim |
---|
Eskatologi Islam adalah kajian tentang kehidupan sesudah mati di Akhirat dan al-Qiyāmah "Penghakiman Terakhir". Eskatologi berkait rapat dengan salah satu aqidah Islam, yang mempercayai adanya hari terakhir, kematian, kebangkitan (Yawm al-Qiyāmah), mahsyar, penghakiman terakhir, syurga, neraka, dan keputusan seluruh nasib manusia dan lainnya.[1]
Umat Islam percaya bahawa kehancuran dunia akan berlaku di mana orang-orang yang beriman tidak lagi berada di muka bumi, yang tinggal hanyalah orang-orang jahat yang kembali kepada keadaan zaman Jahiliah.[2][3] Kemudian kiamat dikatakan berlaku pada hari Jumaat,[4]hari kiamat dikatakan tidak akan berlaku sehingga tidak ada lagi manusia yang melaungkan nama Allah.[5]
Seperti agama-agama Abrahamik yang lain, Islam mengajar tentang kebangkitan orang mati, sebagai rancangan untuk menyelesaikan semua ciptaan Tuhan dan keabadian roh makhluk. Bagi mereka yang beriman akan dikurniakan oleh Allah Syurga sementara bagi mereka yang tidak beriman akan dihukum di Neraka.