Ethernet

Contoh rangkaian kawasan setempat menggunakan Ethernet

Ethernet ialah teknologi rangkaian komputer berasas kerangka untuk rangkaian kawasan setempat (LAN). Namanya adalah berasaskan konsep fizikal eter berkilau. Ia mentakrifkan pendawaian dan isyarat untuk lapisan fizikal, dan format kerangka dan protokol untuk kawalan capaian media (MAC)/lapisan pautan data untuk model OSI.

Keseluruhan Ethernet dipiawaikan sebagai IEEE 802.3. Bentuk topologi bintang dan pendawaian pasangan terpintalnya telah menjadi teknologi LAN yang digunakan secara meluas dari 1990-an hinggalah sekarang, dan telah menggantikan kesemua piawai LAN yang lain seperti Ethernet kabel-sepaksi, Token Ring, FDDI dan ARCNET. Sejak kebelakangan ini, Wi-Fi, LAN tanpa wayar yang dipiawaikan sebagai IEEE 802.11, telah mula menggantikan Ethernet di sesetengah tempat.


Developed by StudentB