Falsafah Barat

Escola de Atenas ('Sekolah Athens')

Falsafah Barat ialah pemikiran dan kerja falsafah Dunia Barat atau 'The Occident' , berbeza daripada falsafah Dunia Timur ('Orient') atau jenis-jenis falsafah asli (pribumi).

Dari segi sejarah, istilah ini ialah ciptaan baharu dan digunakan untuk merujuk kepada pemikiran falsafah tamadun Barat, bermula dengan falsafah Yunani kuno, dan kemudiannya berkembang meliputi sebahagian besar dunia. Perkataan 'falsafah' sendiri berasal di alam Yunani kuno (melalui istilah bahasa Arab فلسفة) : 'philosophia' (φιλοσοφία), secara harfiahnya 'kecintaan terhadap kebijaksanaan' (φιλεῖν - philein 'mencinta' dan σοφία - sophia 'kebijaksanaan', secara tersiratnya "pengetahuan".


Developed by StudentB