Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda, dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. Ia mungkin terdiri daripada satu patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Ia adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu dan mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.