Gabenor Jeneral Komanwel Australia adalah wakil kepada Ratu Australia (kini Elizabeth II, Ratu Australia). Beliau mempunyai kuasa eksekutif tertinggi di Australia. Fungsi dan peranan Gabenor Jeneral termasuklah melantik duta, menteri dan hakim, memberi Perkenan Diraja terhadap undang-undang, mengeluarkan writ pilihan raya dan mengurniakan kehormat.