Gaya seni bina Cina

Tatarajah sokongan pendakap kayu sangga ("Dougong") menahan bumbung pelbagai-kecondongan, dari Yingzao Fashi (1103 M)

Gaya seni bina Cina merujuk kepada suatu gaya seni bina yang telah dibentukkan di Asia untuk beberapa abad. Prinsip-prinsip seni bina Cina telah kekal secara besarnya tidak berubah, perubahan utama hanya pada perincian berhiasan. Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun.

Gaya seni bina China adalah setua tamadun China. Dari setiap sumber maklumat - sastera, grafik, teladan - adanya bukti kuat menyaksikan pada nyatanya bahawa orang China telah sentiasa menggunakan sistem asli pada pembinaan yang telah mengekalkan ciri-ciri prinsip dari zaman prasejarah ke hari kini. Ke atas kawasan yang besar dari Turkistan China ke Jepun, dari Manchuria ke bahagian utara Indochina Perancis, sistem pembinaan yang sama tersebar; dan ini adalah kawasan pengaruh budaya China. Bahawa sistem ini pada pembinaan dapat sendiri hidup lamanya untuk lebih daripada empat ribu tahun ke atas suatu wilayah yang sangat besar dan masih kekal sebagai sebuah gaya seni bina hidup, mengekalkan ciri-ciri utamanya pada masa serangan asing yang berulangan - tentera, intelektual, dan rohaniah - adalah suatu fenomena yang cuma dapat dibandingkan dengan kelanjutan tamadun yang mana ia adalah suatu bahagian yang penting.[1]

Rencana berikut memberikan penjelasan ringkas mengenai seni bina Cina tradisi, sebelum pengenalan kaedah binaan Barat semasa awal abad ke-20. Sepanjang abad ke-20, bagaimanapun, arkitek Cina yang dilatih cara Barat telah cuba menggabungkan reka bentuk Cina tradisi dengan bangunan moden (biasanya kerajaan), dengan hanya kejayaan terhad. Tambahan lagi, tekanan bagi pembangunan bandar seluruh China semasa memerlukan pembinaan pantas dan bandingan keluasan lantai lebih tinggi, yang bererti bahawa permintaan bandar besar bagi seni bina Cina, yang biasanya kurang dari 3 tingkat, telah berkurangan digantikan dengan seni bina moden. Bagaimanapun, kemahiran tradisi jurubina Cina, termasuk tukang kayu, juru batu, dan batu bata sering digunakan bagi pembinaan seni bina vernakular di kawasan pendalaman yang luas di China. Error: tiada nama laman disertakan (help).

  1. ^ Liang, Ssu-ch'eng 1984, A pictorial history of Chinese architecture : a study of the development of its structural system and the evolution of its types, ed. oleh Wilma Fairbank, Cambridge (Mass.): MIT Press.

Developed by StudentB