Gekiga

Gekiga (劇画) merupakan istilah Jepun untuk komik yang secara harfiah bermaksud "gambar dramatik". Gekiga menggambarkan komik yang ditujukan untuk penonton dewasa dengan gaya sinematik dan tema yang lebih matang. Nama gekiga dicipta pada tahun 1957 oleh Yoshihiro Tatsumi dan diterima pakai oleh kartunis Jepun yang lebih serius, yang tidak mahu perdagangan mereka dikenali dengan istilah yang lebih umum manga atau "gambar cara wimsi/aneh/ganjil". Ia serupa dengan penutur bahasa Inggeris yang lebih suka istilah "novel grafik", yang bertentangan dengan "buku komik".


Developed by StudentB