Tarikh | 05 Jun 2015 |
---|---|
Masa | 07:15:43 MST[1] |
Durasi | 30 saat |
Magnitud | 6.0 magnitud (USGS) 5.9 magnitud (MetMalaysia) |
Kedalaman | 10.0 km (USGS) |
Koordinat | 5°58′48″N 116°31′30″E / 5.980°N 116.525°EKoordinat: 5°58′48″N 116°31′30″E / 5.980°N 116.525°E[1] |
Kawasan terjejas | Pantai Barat kawasan (kawasan Gunung Kinabalu), Sabah, Malaysia Timur |
Jumlah kerosakan | Kerosakan bangunan dan infrastruktur, tanah runtuh dan perubahan geologi |
Keamatan maksimum | VII (Sangat kuat) |
Gegaran susulan | 33 (pada 7 Jun 2015) |
Korban | 18 mati 10 cedera |
Gempa bumi Sabah 2015 pada 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi, hari Jumaat 5 Jun 2015.[1] Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu , Kota Belud, Inanam, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort, Keningau, Sandakan, Kunak, Tawau, Labuan, Lawas, Limbang, Miri di Sarawak dan Bandar Seri Begawan di Brunei.[2] Lokasinya di 5.1 Utara 16.6 Timur. Gempa susulan yang lemah berlaku 47 kali sekitar 2.2 hingga 3.3.[3]
Jabatan Meteorologi Malaysia nasihatkan penduduk Ranau, di Sabah waspada kerana ada 10 gempa bumi susulan. Netizen turut menghantar gambar dinding cermin BSN di Ranau pecah berserakan dan bangunan-bangunan lain sedang dipantau. Pengarah Pusat Gempa dan Tsunami (Met Malaysia), Dr Wan Azli Wan Hassan menyatakan gegaran itu sedang dipantau.[4][5]
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan batu-batu dan bongkah banyak yang jatuh di Ranau dan Gunung Kinabalu akibat gegaran itu. Pondok-pondok pendaki di Pana Laban dan Gunting Lagadan rosak teruk. Ikon Telinga Keldai di Gunung Kinabalu turut rosak teruk. Oleh itu semua aktviti pendakian di batalkan.[6]
Ahli Geologi Amerika Syarikat mengesahkan tiada tsunami dan kerosakan teruk. Kedudukannya terletak di kedalaman 10 km dari bandar Ranau dan 54 km dari bandar Kota Kinabalu. Malaysia sepatutnya bebas dari pengalaman gempa bumi kecuali pada 1981. Malaysia tidak terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik. Lingkaran ini termasuklah Lautan Pasifik, negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. Gunung Kinabalu merupakan jenis gunung lipat muda yang aktif gunung berapi dan gempa bumi.[7]
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa 23 sekolah membabitkan 16 Sekolah Kebangsaan, enam Sekolah Menengah Kebangsaan dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Ranau, Tuaran, Kota Belud, Penampang, Nabawan dan Keningau. Jabatan Pendidikan Sabah melaporkan berlaku kejadian bangunan sekolah runtuh atau retak, kuarters guru, jalan raya dan tanah merekah.[8]
|deadurl=
ignored (bantuan)