Gendang DongSon merupakan gendang gangsa yang telah dijumpai di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1964.[1] Gendang ini dipercayai digunakan sebagai alat muzik untuk hari perayaan, perkahwinan dan upacara kematian. Ia juga dijadikan sebagai alat pengkebumian oleh golongan kaya dan berstatus.[2]
Ia juga dijumpai di Sungai Tembeling, Pahang.[3]