Genghis Khan | |
---|---|
Khagan bagi Empayar Mongol | |
Pemerintahan | 1206–1227 |
Pertabalan | Musim bunga[1] 1206 di khurultai di tebing Sungai Onon, Mongolia |
Nama penuh | Genghis Khan (nama lahir: Borjigin Temüjin) tulisan Mongol ᠪᠣᠷᠵᠢᠭᠢᠨ ᠲᠡᠮᠦᠵᠢᠨ. |
Gelaran | Khan, Khagan Nama kuil: Taizu (太祖) Nama selepas mati: Maharaja Fatian Qiyun Shengwu (法天啟運聖武皇帝) |
Pengganti | Ögedei Khan |
Pasangan | Börte Ujin Khulan Yisugen Yisui lain-lain |
Anakanda | Jochi Chagatai Ögedei Tolui lain-lain |
Kerabat diraja | Borjigin |
Ayahanda | Yesükhei |
Bonda | Ho'elun |
Genghis Khan (bahasa Mongol: Чингис Хаан), juga dieja Jenghis Khan, Jinghis Khan, Chinghiz Khan, Chinggis Khan, Changaiz Khan, nama asalnya Temüjin, juga dieja Temuchin, (c. 1155/1162/1167 - 18 Ogos 1227) adalah khan Mongol dan ketua ketenteraan yang menyatukan puak Mongol dan kemudiannya mengasaskan Empayar Mongol dengan menakluk sebahagian besar Asia, termasuk utara China (Dinasti Jin), Barat Xia, Asia Tengah, Parsi, dan Mongolia. Penggantinya meluaskan penguasaan Mongol menjadi empayar terluas dalam sejarah manusia. Dia merupakan datuk kepada Kublai Khan yang merupakan pengasas dan pemerintah pertama Dinasti Yuan di China.