Koordinat: 36°N 128°E / 36°N 128°E
Korea Selatan terletak di Asia Timur, di separuh selatan Semenanjung Korea yang terletak di timur jauh daratan Asia. Satu-satunya negara dengan sempadan darat ke Korea Selatan ialah Korea Utara, terletak di utara dengan 238 kilometer (148 bt) dari sempadan yang mengunjur di sepanjang Zon Bebas Tentera Korea. Korea Selatan kebanyakannya dikelilingi oleh air dan memiliki 2,413 kilometer (1,499 bt) garis pantai menyempadani tiga buah laut; di sebelah barat ialah Laut Kuning (disebut Sohae Hangul: 서해 ; Hanja: 西海 ; di Korea Selatan, secara harfiah bererti laut barat), di selatan ialah Laut China Timur, dan di sebelah timur ialah Laut Jepun (disebut Donghae Hangul: 동해 ; Hanja: 東海 ; di Korea Selatan, secara harfiah bermaksud laut timur). Secara geografi, daratan Korea Selatan adalah sekitar 100,032 kilometer persegi (38,623 bt2).[1] 290 kilometer persegi (110 bt2) kawasan Korea Selatan diisi oleh air. Koordinat anggarannya ialah 37° Utara, 128° Timur.