Benua | Asia |
---|---|
Rantau | Asia Timur |
Koordinat | 46°0′N 105°0′E / 46.000°N 105.000°E |
Keluasan | Kedudukan ke-18 |
• Jumlah | 1,564,116[1] km2 (603,909 bt2) |
• Darat | 99.3% |
• Air | 0.7% |
Sempadan | China, Rusia |
Titik tertinggi | Puncak Khüiten (4,374 meter) |
Titik terendah | Hoh Nuur (560 meter) |
Sungai terpanjang | Sungai Orkhon |
Tasik terbesar | Tasik Uvs mengikut luas, Tasik Khövsgöl mengikut isi padu |
Mongolia ialah sebuah negara dikelilingi daratan di kawasan Asia Timur serta Asia Tengah dan terletak di antara China dengan Rusia. Permukaan Mongolia adalah bergunung-ganang serta berpenara dan julat ketinggian yang ketara. Jumlah luas permukaan Mongolia ialah 1,564,116 kilometer persegi.
Permukaan Mongolia mencuram dari Pergunungan Altai di kawasan barat dan utara ke kawasan timur dan selatan. Titik tertinggi negara ini ialah Puncak Khüiten (4,374 m) di kawasan barat sempadan Mongolia-China. Secara purata, Mongolia terletak pada ketinggian 1,580 m dari paras laut.