Goerge I dari Great Britain | |
---|---|
Raja Great Britain Pemilih Hanover | |
Pemerintahan | 1 Ogos 1714 – 11 Jun 1727 |
Kemahkotaan | 20 Oktober 1714 |
Didahului oleh | Anne dari Great Britain |
Diikuti oleh | George II dari Great Britain |
Keputeraan | George Louis 28 Mei 1660 Hanover,Brunswick-Lüneburg,Empayar Suci Rom |
Kemangkatan | 11 Jun 1727 Schloss Osnabrück,Schloss Osnabrück,Empayar Suci Rom |
Pemakaman | 4 August 1727 Leineschloss,Hanover kemudian,Herrenhausen,Hanover |
Anakanda | Raja Goerge II dari Great Britain Sophia Dorothea, Permaisuri di Prusia |
Kerabat | Hanover |
Ayahanda | Ernest Augustus, Pemilih Hanover |
Bonda | Sophia dari Palatinate |
George I (atau George Louis; Jerman: Georg Ludwig; 28 Mei 1660 - 11 Jun 1727) ialah Raja Great Britain dan Ireland dari 1 Ogos 1714 dan pemerintah Duchy dan Electorate Brunswick-Lüneburg (Hanover) dalam Empayar Rom Suci dari 23 Januari 1698 sehingga kematian baginda pada tahun 1727. Baginda ialah raja Britain yang pertama dari Kerabat Hanover.
Baginda telah dilahirkan di Hanover kepada Ernest Augustus dan Sophia dari Hanover, George mewarisi gelaran dan tanah Prinsipaliti Brunswick-Lüneburg daripada bapa dan bapa saudara baginda. Peperangan Eropah berturut-turut meluaskan wilayah Jerman semasa hayat baginda; beliau telah disahkan sebagai putera-pemilih Hanover pada tahun 1708. Selepas kematian ibunya pada tahun 1714, dan sepupu keduanya Anne, Ratu Great Britain, George menaiki takhta Britain sebagai saudara terdekat Anne dan beragama Protestan yang masih hidup di bawah Akta Penyelesaian 1701. Jacobite cuba, tetapi gagal, untuk menjatuhkan George dan menggantikannya dengan James Francis Edward Stuart, saudara kandung Anne yang beragama Katolik.
Semasa pemerintahan George, kuasa monarki berkurangan dan Britain memulakan peralihan kepada sistem pemerintahan kabinet moden yang dipimpin oleh seorang perdana menteri. Menjelang akhir pemerintahannya, kuasa politik sebenar dipegang oleh Robert Walpole, yang kini diiktiraf sebagai perdana menteri de facto pertama Britain. George meninggal dunia akibat strok dalam perjalanan ke Hanover asalnya, tempat dia dikebumikan. Dia adalah raja Britain yang paling baru dikebumikan di luar United Kingdom.