George V dari United Kingdom

George V
Raja United Kingdom, Maharaja India
Pemerintahan6 Mei 191020 Januari 1936
Pertabalan22 Jun 1911
Didahului olehEdward VII
Diikuti olehEdward VIII
Kemahkotaan12 Disember 1911
Pemakaman28 Januari 1936
Gereja St. George, Istana Windsor
PasanganMary dari Teck
AnakandaEdward VIII
George VI
Mary, Princess Royal, Countess of Harewood
Putera Henry, Duke Gloucester
Putera George, Duke Kent
Putera John
Nama penuh
George Frederick Ernest Albert
KerabatKerabat Windsor
Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha
AyahandaEdward VII
BondaAlexandra dari Denmark
AgamaAnglican
TandatanganTandatangan George V
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "imgw"

George V atau nama penuhnya George Frederick Ernest Albert (lahir 3 Jun 186520 Januari 1936) merupakan Raja United Kingdom dari tahun 1910 hingga 1936 dan merupakan putera lelaki kedua kepada Edward VII.

Baginda telah berkhidmat dalam tentera laut sehingga kematian kakandanya, Putera Albert Victor pada tahun 1892 yang merupakan calon mewarisi ayahandanya sebagai raja Britain. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Mary pada tahun 1893. Pada 6 Mei 1910, baginda telah menggantikan ayahandanya sebagai Raja United Kingdom yang baru setelah kemangkatan ayahandanya.

Baginda mengalami masalah politik ketika awal pemerintahannya. Perjuangan perlembagaan untuk mengekang kuasa Dewan Pertuanan tidak dapat diselesaikan. Selepas kejayaan Parti Liberal dalam pilihan raya bulan Disember 1910, Dewan Pertuanan akhirnya tewas dan meluluskan Akta Parlimen pada tahun 1911.

Sebagai hasil daripada Perang Dunia Pertama (1914-1918), kebanyakan empayar Eropah yang lain jatuh manakala Empayar British masih mahu memperluaskan tanah jajahannya. Pada tahun 1917, George menjadi raja pertama Kerabat Windsor yang dinamakan semula daripada Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha akibat sentimen anti-Jerman orang ramai berikutan Perang Dunia tersebut. Pemerintahannya memperlihatkan kebangkitan sosialisme, komunisme, fasisme, sistem republik Ireland dan pergerakan kemerdekaan India untuk mengubah landskap politik. Akta Parlimen 1911 mewujudkan keluhuran yang ada pada Dewan Rakyat British ke atas Dewan Pertuanan yang tidak dipilih. Pada tahun 1924, baginda memimpin kementerian Parti Buruh yang pertama dan pada tahun 1931, Undang-Undang Westminster mengiktiraf dominion Empayar British yang berasingan dan negara bebas di dalam Negara-Negara Komanwel. Baginda telah digantikan oleh anak sulungnya, Edward VIII selepas kemangkatan baginda pada tahun 1936.


Developed by StudentB