George Washington | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat ke-1 | |
Dalam jawatan 30 April 1789 – 4 Mac 1797 | |
Naib Presiden | John Adams |
Didahului oleh | pejabat diasaskan |
Digantikan oleh | John Adams |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 22 Februari 1732 Popes Creek, British Virginia, A.S. |
Mati | 14 Disember 1799 | (umur 67)
Pasangan | Martha Washington (k. 1759) |
Tandatangan | |
General of the Armies George Washington (22 Februari 1732 - 14 Disember 1799) ialah Presiden Amerika Syarikat yang pertama (1789-1797), Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Kontinental ketika Perang Revolusi Amerika dan merupakan salah seorang Bapa Pengasas Amerika Syarikat. Beliau mempengerusikan konvensyen yang mendraf Perlembagaan Amerika Syarikat, yang menggantikan Artikel Konfederasi dan kekal sebagai Akta Kanun Tanah yang tertinggi.
Pada usia 11 tahun ayahnya meninggal dunia. George Washington mula mula bekerja sebagai juruukur, dia lalu masuk tentera pada usia 21 tahun, dan diangkat menjadi Leftenan Kolonel saat mengikuti wajib tentera oleh Gabenor negeri Virginia. Menikah tahun 1759 dengan Martha Dandridge Custis Washington, George Washington mengurus perkebunannya yang luas di Virginia dan menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat Virginia, hingga Revolusi Amerika tercetus. George Washington merupakan anggota perkumpulan rahsia Freemasonry.
Ketika berumur 33 tahun, dia memilih untuk memihak rakyat negeri Virginia yang memberontak melawan orang-orang Inggeris yang mengeluarkan undang-undang yang tidak adil menurut pendapat rakyat Virginia. Dia pun bertugas memimpin tentara Virginia. Pada tahun 1775 dia diangkat menjadi Panglima Tertinggi oleh Kongres Kontinental, iaitu Kongres ke-13 daerah jajahan Kerajaan Inggeris.
Pada tahun 1776 Revolusi Kemerdekaan Amerika pecah dan Kongres Kontinental mengeluarkan Deklarasi Kemerdekaan dan memisahkan diri daripada Kerajaan Inggeris. Kepemimpinan George Washington menyumbang dengan banyak dalam keberhasilan daerah-daerah jajahan di Amerika memperjuangkan kemerdekaannya. Pada tahun 1783 Inggeris mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat, George Washington keluar dari tentera. Empat tahun kemudian pada 1787 dia menjadi Ketua Konvensi Perlembagaan.
Pada tahun 1789 setelah Perlembagaan disahkan, dia dipilih dengan sebulat suara menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Dia menjalankan dua masa jabatan dari tahun 1789 hingga tahun 1797, didampingi oleh John Adams sebagai timbalan presiden. Dalam pidato perpisahannya pada tahun 1797, dia menyeru kepada rakyat Amerika Syarikat agar meninggalkan rasa kepartian dan rasa kedaerahan yang berlebih-lebihan.
Pada tahun 1799, George Washington meninggal dunia dalam usia 67 tahun di Mount Vernon, setelah tiga tahun meletakkan jawatannya sebagai presiden. Dia tidak memiliki keturunan, hanya seorang anak angkat.