Ghurab atau gurab adalah jenis kapal dagang dan kapal perang dari Nusantara. Kapal ini adalah akibat pengaruh Mediterranean di kawasan ini, terutamanya diperkenalkan oleh orang Arab, Persia dan Uthmaniyyah.[1] Untuk armada perang mereka, orang Melayu lebih gemar menggunakan kapal-kapal panjang dengan drauf cetek, berdayung, yang serupa dengan gali; seperti lancaran, penjajap, dan kelulus.[catatan 1] Ini sangat berbeza dengan orang Jawa yang lebih suka kapal-kapal bulat dengan drauf dalam dan dapat mencapai jarak jauh seperti jong dan malangbang. Punca perbezaan ini adalah kerana orang Melayu mengendalikan kapal mereka di perairan sungai, zon selat terlindung, dan persekitaran kepulauan, manakala orang Jawa sering bergiat di laut terbuka dan laut dengan ombak tinggi. Selepas pertemuan dengan orang Iberia, kedua-dua armada perang Jawa dan Melayu mula menggunakan lebih banyak ghurab dan ghali.[4]:270-277, 290-291, 296-301[5]:148, 155
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :3
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "catatan", tetapi tiada tag <references group="catatan"/>
yang berpadanan disertakan