Golongan yang terawal memeluk Islam

Golongan yang terawal memeluk Islam atau al-sabiqun al-awwalun (Arab: السَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ, rumi: al-sabiqun al-awwalun) ialah kumpulan orang yang pertama kali memeluk Islam apabila disampaikan seruan dakwah oleh Nabi Muhammad. Pada awal penyebaran Islam, bilangan golongan ini terdiri daripada pelbagai peringkat[1] dari kalangan hamba dan orang merdeka, dari kalangan pembesar[2] dan rakyat biasa.

  1. ^ Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri (2014). Al-Raheeq Al-Makhtum. Diterjemahkan oleh Mohd Darus Senawi Ali. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar. m/s. 83.
  2. ^ Zawawi Yusoff; Fakhrul Adabi Abdul Kadir (2013). "Konsep Pembesar dalam Islam sebagai Sasaran Dakwah". Jurnal Usuluddin (Julai – Disember 2013). 38: 117–145.

Developed by StudentB