Graviti

Graviti mengakibatkan benda-benda langit berada pada orbit masing-masing dalam mengelilingi matahari

Graviti atau daya berat ialah daya tarikan yang bertindak di antara zarah-zarah yang mempunyai jisim. Graviti menentukan berat sesuatu objek daripada jisimnya.

Setakat ini, hukum graviti yang paling "berjaya" (tepat) ialah teori relativiti am (general relativity) oleh Albert Einstein. Walau bagaimanapun, Hukum Graviti Newton adalah lebih mudah dan cukup tepat untuk kebanyakan perkara, jadi ia lebih popular. (Dimanakah pusat Graviti di Bumi .. Pusat graviti berada di lapisan bumi paling bawah.)

Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh satu daya yang dikenali sebagai daya tarikan graviti bumi. Daya ini menyebabkan objek jatuh ke arah bumi apabila dilepaskan. Suatu objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti, tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan udara dikatakan sebagai jatuh secara bebas atau jatuh bebas.

Secara praktiknya, jatuh bebas hanya berlaku dalam keadaan vakum iaitu dalam ruang yang tidak mengandungi udara vakum.

Objek yang jatuh bebas akan memecut. Pecutan yang berlaku ini dikenali sebagai pecutan graviti. Nilai pecutan graviti tidak bergantung bentuk dan jisim objek yang jatuh jika tiada faktor luar seperti geseran udara yang mempengaruhi kejatuhannya.


Developed by StudentB