23°20′N 113°30′E / 23.333°N 113.500°E
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (Mac 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Provinsi Guangdong ڤروۏينسي ݢواڠدوڠ | |||||||||
| |||||||||
Singkatan: Cina ringkas: 粤 ; Cina tradisional: 粵 (Pinyin: Yuè, Jyutping: Jyut6) | |||||||||
Asal-usul nama | 广 guǎng - nama rantau 东 dōng- "Timur" "Guang timur" | ||||||||
Jenis pentadbiran | Wilayah | ||||||||
Pusat pentadbiran (dan bandaraya terbesar) |
Guangzhou | ||||||||
Setiausaha Jwk CPC | Wang Yang | ||||||||
Gabenor | Huang Huahua | ||||||||
Luas | 177,900 km2 (68,700 bt2) (ke-15) | ||||||||
- Latitud | 20° 13' to 25° 31' N | ||||||||
- Longitud | 109° 40' to 117° 19' E | ||||||||
Penduduk (2008) - Kepadatan |
95,440,000 (1) 536/km2 (1,390/sq mi) (ke-7) | ||||||||
KDNK ( 2009) - per kapita |
CNY 3.91 trilion US$572.12 bilion (1) CNY 40,748 US$5,965 (ke-6) | ||||||||
HDI (2008) | 0.844 (tinggi) (ke-4) | ||||||||
Bangsa-bangsa utama | Han - 99% Zhuang - 0.7% Yao - 0.2% | ||||||||
Peringkat prefektur | 21 bahagian | ||||||||
Peringkat daerah | 121 bahagian | ||||||||
Peringkat perbandaran† | 1642 bahagian | ||||||||
ISO 3166-2 | CN-44 | ||||||||
Laman web rasmi http://www.gd.gov.cn (Cina Mudah) | |||||||||
Sumber untuk data penduduk dan GDP:Sumber untuk data bangsa-bangsa:*Seperti pada 31 Disember, 2004 | |||||||||
Templat ■ Perbincangan ■ ProjekWiki China |
Guangdong | |||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 广东 | ||||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 廣東 | ||||||||||||||||||||||||||||
Jyutping | gwong2 dung1 | ||||||||||||||||||||||||||||
Hanyu Pinyin | Guǎngdōng | ||||||||||||||||||||||||||||
Pos | Canton, Kwangtung | ||||||||||||||||||||||||||||
|
Guangdong (Cina Tradisional: 廣東 , Cina Ringkas: 广东 , pinyin: Guǎngdōng, dahulunya dieja "Kwangtung") atau nama Melayu lamanya Kantong[1] (Jawi: كنتوڠ ejaan lama كنتڠ) ialah sebuah provinsi Republik Rakyat China terletak di tenggara tanah besar China. Kadang-kala Guangdong juga dipanggil "Wilayah Canton", manakala ibu wilayah Guangzhou juga digelar "(Bandaraya) Canton". Kebanyakan orang di wilayah ini berbicara bahasa Kantonis.
Wilayah ini kini merupakan salah sebuah wilayah paling kaya di negara ini, dengan jumlah KDNK yang terbesar di kalangan semua wilayah, serta berupaya menarik 30 juta pendatang. KDNK nominalnya untuk tahun 2003 ialah $165 bilion, kemudiannya naik ke $265 bilion pada tahun 2005 (lebih kurang sama saiznya dengan Denmark) dan dijangka mencecah $329.67 bilion menjelang akhir tahun 2006. Guangdong menyumbang kepada kira-kira 12% keluaran ekonomi seluruh negara. Guangzhou dan Shenzhen merupakan antara bandaraya-bandaraya terpenting di China.
Suku kata "Guang" bermaksud "luas", dan selama ini dikaitkan dengan wilayah ini sejak Dinasti Jin Barat. "Guangdong" dan wilayah berjiran Guangxi secara harafiahnya bermaksud "luas di timur" dan "luas di barat", maka Guangdong dan Guangxi secara bersama-sama digelar "Dua Guang" (Bahasa Cina: 兩廣 ; pinyin: liǎng guǎng).
Singkatan Yue (Cina Tradisional: 粵 , Cina Ringkas: 粤 , pinyin: yuè) dikaitkan dengan Seratus Yue (Bahasa Cina: 百越 ; pinyin: bái yuè), nama kolektif untuk pelbagai suku bangsa yang tinggal di Guangdong dan tempat-tempat sekeliling sejak zaman silam.