Gula (Jawi: ݢولاcode: ms is deprecated ; pinjaman Sanskrit: गुलcode: sa is deprecated gula, guḍa[1][2]:maksud ke-3) atau sakar[3] (pinjaman Arab: سُكَّر, rumi: sukkarcode: ar is deprecated ) ialah satu istilah bagi sekelas kristalkarbohidrat yang boleh dimakan terutamanya sukrosa, laktosa, dan fruktosa[4] dicirikan oleh suatu rasamanis. Dalam konteks pemakanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif kepada sukrosa, yang utamanya datang dari gula tebu dan gula bit. Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik seperti glukosa, fruktosa atau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi, dll. Ia selalunya datang dalam bentuk ketulan kiub (yakni "gula buku" atau "gula potong")[5] atau pernah dahulu sebelum abad ke-19 timbunan keruncut (yakni "gula jantung" kerana pangkalnya yang berbentuk jantung[6]).
Ketulan gula buku atau gula potong
Setimbun gula jantung
Pada masa kini, Brazil mempunyai penghasilan gula per kapita paling banyak.[7] Manusia secara keseluruhannya mengambil berat 24 kg setiap tahun: warga di benua-benua Amerika Utara dan Selatan mengambil lebih 50 kg paling banyak manakala warga benua Afrika hanya mengambil bawah 20 kg gula.[8]
^Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 368. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 73–74.
^"gula". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 8 April 2020.
^"Broodsuiker". Klinkert, H. C. (1885). Nieuw Nederlandsch-Maleisch Woordenboek. Leiden: Brill. m/s. 122. "Witte suiker in brood, goela djantoeng, omdat een suikerbrood hartvormig is."