Gunung Besar Hantu

Gunung Besar Hantu
Titik tertinggi
Ketinggian1,462 m (4,797 ka)
Geografi
LokasiDaerah Jelebu, Negeri Sembilan
Daerah Bentong, Pahang
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "lat_NS"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "long_EW"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "lat_d"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "long_d"

Gunung Besar Hantu (Jawi: ڬونوڠ بسر هنتو) merupakan sebuah gunung yang terletak di Mukim Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan negeri Pahang, [1] berketinggian setinggi 1,462 meter (4,797 kaki).[2]

Semasa zaman Darurat, pihak komunis dipercayai menggunakan 'laluan tikus' di kaki gunung tersebut bagi menyusup masuk ke Negeri Sembilan dan Pahang. Denai tersebut masih kelihatan hingga hari ini, menyusuri sungai yang berliku melalui lembah dan kadang-kala digunakan oleh pendaki gunung riadah yang mendaki gunung tersebut.

Perjalanan berjalan kaki melalui denai hutan ini yang menyambungkan bahagian barat di sebelah Negeri Sembilan dengan Janda Baik, Pahang di sebelah timur mengambil masa sekitar dua hari. Kawasan gunung dan hutan sekitarnya telah digazet oleh kerajaan sebagai hutan simpan.

  1. ^ Aktiviti daki gunung semakin popular
  2. ^ [1]Pasoh: Ecology of a Lowland Rain Forest in Southeast Asia
    edited by T. Okuda, N. Manokaran, Y. Matsumoto, Kaoru Niiyama, S.C. Thomas, P.S. Ashton

Developed by StudentB